Pulut Merdeka (bersantan)

Hafiza Muaddah
Hafiza Muaddah @cikgudidapur

#goldenapron2020

Beli ayam pencen masa pergi pasar pagi baru2 ni.. Besar pulak ayamnya. Boleh masak macam2, antaranya masak rendang.
Bila ada rendang kena ada pulut kuning pulak. Jadi, sempena bulan kebangsaan ini semuanya bertemakan jalur gemilang. Pulut cikgu pun warna-warni spt jalur gemilang. Bukan nasi hujan panas ya.
P/s: Warna biru sudah semestinya menggunakan bunga telang.
Jom masuk dapur cikgu 👩‍🍳.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
10 orang
  1. 800 gberas pulut susu
  2. 1 cawansantan pekat
  3. 1 cawanair
  4. 2sk garam
  5. 4 helaidaun pandan disimpul
  6. 6kuntum bunga telang
  7. 1sk serbuk kunyit
  8. 2 titikpewarna merah

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Basuh pulut dan dibahagi 4 bahagian. Rendam selama 1 jam. 1 - dengan serbuk kunyit. 1 - pewarna merah. 1 - bunga telang. 1- asli

  2. 2

    Buang air rendaman dan kukus pulut (dalam bekas berasingan) selama 20 minit.

  3. 3

    Satukan santan, air dan garam dalam satu bekas. Kacau sebati dan bahagi kepada 4 bahagian.

  4. 4

    Keluarkan pulut. Masukkan campuran santan kepada setiap bahagian pulut. Dan kacau sebati.

  5. 5

    Kukus pulut (bersantan) sekali lagi selama 20 minit

  6. 6

    Kacau sebati. Dah siap😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hafiza Muaddah
Hafiza Muaddah @cikgudidapur
pada
Simple, easy, healthy & yummy cooking & baking 😊
Baca lagi

Komen (8)

Resipi Sepertinya