Kuih Kalakatar

Kuih kalakatar akak dia jadi lembik sikit. Maybe kena tunggu dia likat sikit lagi kot masa masak atas dapur tu sebelum nak bakar. 🤔. (Sejenis yang tak reti buat kuih bingka macam ni lah) 😂😂
Tapi takpe. En somi makan, mak makan, adik-adik makan, tinggal lagi sikit untuk akak makan jap agi.
Habis jugak untuk arini. 😊
Esok, depa suruh buat lagi. Tak puas makan sebab buat 1 tray je tadi. Esok pun akak nak buat tebal sikit. Kuih bila sedap, rupa tu jadi tak jadi no 2 ye, asalkan rasa dia power. Patut lah orang Banjar suka. Untung family akak sebab akak dah boleh masak kuih ni, tak yah cari orang Banjar pun boleh makan dah anytime 🥰🥰🥰
Note: Akak guna kelapa kulit hidup. Bukan kelapa muda yang orang buat jual air tepi jalan tu. Kelapa kulit hidup air dia banyak dan isi dia tebal sikit. Jadi beli sebiji je dah ok. (bergantung pd saiz kelapa jugak)
Kuih Kalakatar
Kuih kalakatar akak dia jadi lembik sikit. Maybe kena tunggu dia likat sikit lagi kot masa masak atas dapur tu sebelum nak bakar. 🤔. (Sejenis yang tak reti buat kuih bingka macam ni lah) 😂😂
Tapi takpe. En somi makan, mak makan, adik-adik makan, tinggal lagi sikit untuk akak makan jap agi.
Habis jugak untuk arini. 😊
Esok, depa suruh buat lagi. Tak puas makan sebab buat 1 tray je tadi. Esok pun akak nak buat tebal sikit. Kuih bila sedap, rupa tu jadi tak jadi no 2 ye, asalkan rasa dia power. Patut lah orang Banjar suka. Untung family akak sebab akak dah boleh masak kuih ni, tak yah cari orang Banjar pun boleh makan dah anytime 🥰🥰🥰
Note: Akak guna kelapa kulit hidup. Bukan kelapa muda yang orang buat jual air tepi jalan tu. Kelapa kulit hidup air dia banyak dan isi dia tebal sikit. Jadi beli sebiji je dah ok. (bergantung pd saiz kelapa jugak)
Cara Memasak
- 1
Masukkan air kelapa, gula, telur dan garam ke dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk
- 2
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam air kelapa yang sudah siap di kacau tadi. Tips: Saya ayak tepung dan kacau adunan pada masa yang sama. Jadi tak perlu nak tapis dah.
- 3
Kemudian masak adunan tadi di atas api sederhana sehingga ianya likat. Tips: sentiasa kacau supaya tidak hangit di bahagian bawah.
- 4
Sapukan rata minyak di atas loyang/tray.
- 5
Kemudian tuang adunan likat tadi ke atas loyang/tray. Ratakan. Dan tabur isi kelapa muda di atasnya.
- 6
Bakar menggunakan oven pada suhu 200'C selama 1 jam 30 minit.
- 7
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Tips: jika nampak lembik, boleh masukkan ke dalam peti selama 3-4 jam atau 1 malam. Kuih ni sedap di makan panas dan juga sejuk. 🤤
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kalakatar Kelapa Parut & Bijan Kalakatar Kelapa Parut & Bijan
#kalakatar#goldenapron2020Mission selesai habiskan air kelapa muda.. Kalau dibiar akan jadi masam, nak minum rasa tak sampai hati teringat kat anak-anak dorang suka sangat air kelapa..Bila teringat kalakatar ni mudah buatnya, dapat juga makan kan buat minum petang..Dah siappp... dapat seloyang haaa.. Repeat buat..Semalam buat versi pandan, hari ni buat yang asli punya..Tapi kan derhaka sikit sebab isi kelapa nya dah habis diguna..Kita tabur kelapa parut aje dengan bijan, aduhhh merecik juga rasanya, sedap..nyummmmGaring-garing di tepi tu buat tak keruan.. ngeces tak..😄 Julia ALeen Aireish -
KALAKATAR - BINGKA KELAPA MUDA KALAKATAR - BINGKA KELAPA MUDA
#kalakatar#goldenapron2020Bonus kali ini,pihak Cookpad Malaysia ingin menghidupkan kembali resepi traditional masyarakat orang Banjar iaitu Kalakatar.Namanya saja sudah buat kita tertanya-tanya apatah lagi dengan rasanya.Jadi,Ain mengambil peluang ini untuk mencuba membuatnya.Bermulalah pencarian resepinya di Google.Cara membuatnya boleh dikatakan mudah.Hanya masukkan semua bahan,gaul sebati,tapis dan dimasak sebentar di atas api sebelum dibakar.Hasilnya bergantung pada individu.Ada yang suka ianya lembik,ada yang suka sedikit kental.Cara dimakan juga ada yang saran Kalakatar ini di makan ketika masih lagi panas kerana dikatakan maksud perkataan Kala itu ialah "ketika" dan katar ialah "panas".Yang pasti Kalakatar atau Bingka Kelapa Muda ini sudah payah didapati di pasaran.Dikatakan hanya di tempat-tempat tertentu sahaja ia dijual dan disediakan.Ayuh,kita sama-sama menghidupkan kembali kegemilangan Kuih Bingka Kelapa Muda atau Kalakatar ini.Rasanya yang lemak,manis dan lembut amat sesuai dihidang untuk santapan seisi keluarga dan tetamu.Yang pasti,anda tak akan kecewa apabila mencuba membuat resepi ini.Jom lihat resepi yang Ain sediakan ini. Selamat mencuba yer semua 😊 Nurain Jalil -
Kalakatar Kukus Kalakatar Kukus
Kalakatar.First time dengar, first time masak dan first time makan.Demi bonus golden apron 🤣.Sbb daa memang failed bab kuih tradisi ni.Tapi boleh lah, menjadi juga dan semestinya sedap lemak berkrim.Kuih tradisi orang Banjar.Memang tak pernah makan laa sebab tida berketurunan Jawa, hihi.Kalakatar sejenis kuih bingka.Bingka Kelapa Muda.Gigih round satu Kuantan cari kelapa muda.Jumpa pulak, isinya hingusan lagi, tak tebal.Takpe lah, asalkan ada.Resipi faa guna resipi Minsha, tapi ada sikit olahan.Sepatutnya kuih ni dibakar dengan sabut kelapa, membangkitkan aroma dia.Dan boleh juga dibakar dalam oven atau pemanggang ajaib.Tapi faa xde semua tu.Jadi faa buat versi kukus.Lembut, sedap dan bangkit aroma kelapa muda tu.Alhamdulillah 💜.#kalakatar #goldenapron2020 #dapurfaafeefoo Kakak Faa -
Kalakatar Pandan Kalakatar Pandan
#kalakatar #bonus8 Belum pernah makan tapi mencabar diri untuk mencuba buat dan makan. Cara buat seakan2 kuih bingka juga. Wah! Mudah je nak buat rupanya kuih nih. Rasa sedap pulak tu ada isi kelapa dalam adunan. Sambil ke sana sini duk angkut makan kuih ni. Disebabkan pertama kali buat kuih ni jadi kakak buat sikit je dulu nanti lain kali boleh gandakan adunan. Versi nipis dan tidak tebal seperti kuih bingka pada kebiasaannya. Nuharahmat -
Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020#kalakatarBila dapat tajuk bonus kali nie, nama Kalakatar memang tak pernah dengar. Nak tak nak terpaksa gogel cari resepi kat alam maya.Rupanya sejenis kuih. Resepi orang-orang lama kaum Banjar. Bila lihat kepada bahan yang digunakan ini tak jauh beza dengan kuih bingka atau bengkang.Sebab tak nak bonus golden apron lopong, akhirnya saya buat juga sebab nak dapatkan air kelapa muda agak susah. Restoran yang biasa tempat beli tu tak menjual kerana tengah diubah suai.Rezeki dapat beli juga selepas pusing sana sini, jumpa gerai tepi jalan jual air kelapa walaupun mahal demi nak buat kuih kalakatar😍Resepi nie diolah sikit sebab nak bagi rasa lemak santan. Rasanya hampir sama macam kuih bakar cuma kuih bakar tu ada rasa pandan. Noor Hassan -
Kalakatar Pandan Berbijan Kalakatar Pandan Berbijan
#kalakatar#goldenapron2020Suka nya laaa dah siap potong..😁Malam tadi bakor aduhh wangi harum satu umah dah terbayang kesedapannya.. 😋Alhamdulillah terbuat juga kuih tradisi masyarakat banjar ni.. Dorang cakap ada kat tv3 baru-baru ni.. tak salah mencuba kan..ada pula task ni lagi la semangat nak buat. Pertama kali nak rasa tau..Tapi yang salahnya semalam tu..sedih kita.. Terkoyak hati maklong JAA Nak beli kelapa muda tuan kedai tak layan.. Ok fineee.. Jauh round pergi kampung sebelah.. Alhamdulillah seronok dapat beli.. Orang nya ramah aje melayan customer.. Hati pun senang tak sabar nak buat😊Hat ni versi maklong JAA la naaa.. Saje nak lain dari biasa orang buat.. Lain pun tak la osem mana.. Guna pandan dan bijan aje.. Menambah lagi sedapnya di situ.. 👍 Julia ALeen Aireish -
Kalakatar Kalakatar
#kalakatar#goldenapron2020Kalakatar? Mak pernah ada sebut dulu. Mak kata, tengok dalam Majalah 3. Ada cerita tentang kuih lama orang Banjar. Buat daripada kelapa muda.Memang tak ada idea langsung macam mana rupanya. Alih-alih cookpad buat bonus. Cuba la juga google resepi. Try la buat, jadi ke tidak 😂 arihasliza ariffin -
Kalakatar Cikgu Kalakatar Cikgu
#kalakatar#goldenapron2020First time cikgu dengar nama kuih ni.. Tercengang2 dibuatnya. Cikgu orang jawa, Memang tak pernah makan kuih muih orang banjar. Apatah lagi membuatnya.Demi menyahut cabaran cookpad kali ini, cikgu gagahkan juga mencari kelapa muda (padahal dah beli air kelapa muda dalam kotak 😁). Rezeki cikgu petang ni, gerai pisang goreng meletops kt subes ni.. Jual pulak kelapa muda. Cikgu pun belilah sebiji untuk mencabar diri membuat bingka kelapa muda atau nama banjarnya kalakatar.Sekali cikgu ngap... Sedaaapppp uoollsss. Oklah, cikgu nk tulis resepi..nanti lupa 🤭. Resepi pun hasil cikgu study di merata pelusuk en.google. Alhamdulillah, olahan cikgu menjadi. Sebab tu cikgu buh nama Kalakatar Cikgu. Hafiza Muaddah -
Kalakatar mudah Kalakatar mudah
#kalakatar#godenapron2020Kalakatar.. Kuih tradisi masyarakat banjar. Selain wadai , kalakatar dikatakan makanan yang unik kerana menggunakan isi dan air kelapa sebagai bahan utama.Dizaman moden ini mungkin susah untuk menyediakan segara tradisional iaitu dgb cara membakar kuih menggunakan kayu arang dan sabut.Walaupun begitu keinginan ingin mencuba ziana sahut cabaran untuk menyediakan kalakatar secara moden .Jom kita lihat cara cara penyediaannya. Ziana Chesaad -
Kuih Kalakatar Kuih Kalakatar
Bestnya tengok kuih kalakatar lalu di wall kita dan termotivasi untuk mencuba kuih tradisi masyarakat Banjar ni. Best pula Supermin selalu remind hantar resepi. Kuih tu baru keluar dari oven masih panas tak sempat nak potong sebab dah jam 12am. Harap masih sempat hantar dah closing ni. Terima kasih Supermin🤗#kalakatar#goldenapron2020 Lucy’s cooking -
Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda) Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda)
Kalakatar? Apa tu? Tak pernah dengar pun selama ni. Susah hati dah bila dapat tau bonus kali ni kena masak kuih kalakatar iaitu kuih orang Banjar. 😱Tapi bila aku google resepi takde la susah sangat pun. Bahan pun tak banyak. Cuma wajib ada kelapa muda. Ok tazabarrr nak buat. Kelapa muda ni memang feveret aku. 😍Akhirnya siap jugak kalakatarku ini. Aku tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan sebelum ni. Yang pasti rasa dia memang sedap bila makan sejuk sejuk. Lemak lemak masin manis semua bersatu dalam mulut. 😋Tq Cookpad kerana buat bonus ni. Secara tak langsung kami boleh tau dan belajar macam macam jenis kuih. SELAMAT MENCUBA! 😊#kalakatar#minibonus#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini
Lebih Banyak Resipi
Komen