Skon Tanpa Gluten Tanpa Telur (Mengandungi Tenusu)

Menggelekek ketawa bila menonton Kampung People 2.
Maunya tak. Keletah Mona memang kelakar! Absolutely correction!
Memandangkan MinSha dah seru bonus kali ni buat scones, marilah kitaaa! Jangan bimbang, kita buat versi tanpa tepung gandum, guna tepung Bread, Batter & Beyond dari When Makcik Bakes.
Tak ada clotted cream? Tak apa. Saya makan dengan cream cheese. Pehhhh meletup wa cakap lu. 1 tak cukup, makan sampai 3 😂
#sekones #goldenapron2020 #scones #skon #tanpagluten #tanpatelur #glutenfree
Skon Tanpa Gluten Tanpa Telur (Mengandungi Tenusu)
Menggelekek ketawa bila menonton Kampung People 2.
Maunya tak. Keletah Mona memang kelakar! Absolutely correction!
Memandangkan MinSha dah seru bonus kali ni buat scones, marilah kitaaa! Jangan bimbang, kita buat versi tanpa tepung gandum, guna tepung Bread, Batter & Beyond dari When Makcik Bakes.
Tak ada clotted cream? Tak apa. Saya makan dengan cream cheese. Pehhhh meletup wa cakap lu. 1 tak cukup, makan sampai 3 😂
#sekones #goldenapron2020 #scones #skon #tanpagluten #tanpatelur #glutenfree
Cara Memasak
- 1
Campurkan susu, jus lemon dan vanila, biarkan mengental (curdle).
- 2
Dalam mangkuk besar sukat tepung dan parutkan mentega.
- 3
Gaulkan mentega dengan tepung. Tekstur tepung adalah seperti pasir kasar.
- 4
Masukkan bancuhan susu tadi dan gaul sebati dengan perlahan. Jangan overmix, nanti adunan bantat.
- 5
Panaskan oven 200°C
- 6
Bentukkan adunan setebal 1 inci dan tekap dengan acuan. Saya pakai acuan kecil (2 inci), jadi dapat 10 biji.
- 7
Sapu sedikit susu sebelum bakar. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.
- 8
Hidang dengan jem dan clotted cream atau cream cheese.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Blueberry Muffin Tanpa Gluten Tanpa Tenusu Blueberry Muffin Tanpa Gluten Tanpa Tenusu
Latihan ambil gambar nak pakai muffin sebagai "hero". Bila beli muffin, cuma ada yang coklat je. Dah lah coklat, benyek pula tu.Bila tengok cikgu tayang dia buat muffin coklat yang cantik, terbakar pula kita ni. Maka kita gunakan Bread Mix. Mudah sangat. Tukar je resipi yang memerlukan tepung gandum atau adunan tepung tanpa gluten kepada Bread Mix. Insha Allah menjadi.Ni bawa 6 biji ke pejabat, 2 biji dah jadi bekal si anak ehehehe.#whenmakcikbakes #glutenfree #dairyfree #tanpagluten #tanpatenusu #muffin Nihadriz Niha -
Mini Basque Burnt Cheesecake Tanpa Gluten Mini Basque Burnt Cheesecake Tanpa Gluten
Hari ini kita bekerja dari rumah. Maka memikirkan ada saki baki cream cheese sejak bulan puasa, makcik nak habiskan sahaja.Resipi mudah, tak perlu fikir panjang dan porsi kecil. Sesuai untuk mereka yang nak makan tapi jaga kalori kononnn hehehehe. Antara sebab makcik suka pakai tepung Bread, Batter & Beyond ni, tekstur kek jadi ringan, tak padat sangat.Sambil bakar kek tu, jawablah segala email dan kelas anak online.#goldenapron2020 #week11 #cheesecake #basqueburntcheesecake #glutenfree #tanpagluten Nihadriz Niha -
Biskut Speculoos Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan) Biskut Speculoos Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan)
Pernah dengar Biscoff?Yaaaa... Asalnya dari Eropah.Biskut berempah. Dan kebiasaannya, biskut ini dimakan bersama kopi atau teh. Biscuit and Coffee - Biscoff.Nak versi tanpa sebarang alahan (alergi), jom cuba resipi ni. Mudah sangat dengan adanya tepung campuran Bread, Batter & Beyond.Alhamdulillah sedap sangat.#whenmakcikbakes #goldenapron2020 #week12 #tanpagluten #tanpatenusu #glutenfree #vegan #glutenfreevegan Nihadriz Niha -
Moist Chocolate Cake Tanpa Gluten & Vegan (Tanpa Tenusu / Telur) Moist Chocolate Cake Tanpa Gluten & Vegan (Tanpa Tenusu / Telur)
Menggunakan Bread Mix dari When Makcik Bakes. Mudah sangat. Gantian tepung gandum dengan nisbah 1:1.Boleh dijadikan kek bersaiz 8" atau 2 keping kek bersaiz 7". Sesuai untuk dijadikan kek berlapis (layered cake).#whenmakcikbakes #glutenfreevegan #glutenfree #vegan #tanpagluten #tanpatenusu #tanpatelur #bebasgluten #bebastenusu #bebastelur Nihadriz Niha -
Gluten-free Burnt Cheesecake Air Fryer Gluten-free Burnt Cheesecake Air Fryer
Saya buat resipi ni dari @mizzanem. Saya olah pakai tepung Bread, Batter & Beyond sebab mudah, dan tekstur kek jadi ringan.Mudah sangat dah keluarga sangat suka. Lagi-lagi bila dimakan sejuk. Pehhhh tangkap lelehhh heheheh.#cooksnap #mentorlove Nihadriz Niha -
Kek Marble Matcha & Coklat (Tanpa Gluten & Tanpa Tenusu) Kek Marble Matcha & Coklat (Tanpa Gluten & Tanpa Tenusu)
Buat semua peminat matcha dan coklat ❤️Mudah sangat kek ni. Lagi-lagi bila ada Bread Mix dari When Makcik Bakes.Marble tiga warna menarik hati 😍Matcha, teh hijau membantu untuk menaikkan imuniti badan. Jadi, cara saya untuk gunakan teh hijau dengan menarik ialah memasukkan dalam kek!#whenmakcikbakes #tanpagluten #vegan #immunebooster #greentea #matcha Nihadriz Niha -
Churros Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan) Churros Tanpa Gluten Tanpa Unsur Haiwan (Vegan)
#whenmakcikbakes #breadmix #glutenfree #tanpagluten #dairyfree #tanpatenusu #eggfree #tanpatelur #vegan Nihadriz Niha -
Bagel Tanpa Gluten Tanpa Tenusu Bagel Tanpa Gluten Tanpa Tenusu
#goldenapron #week22 #glutenfree #tanpagluten #dairyfree #tanpatenusu #bebasgluten #1resipi1pohonSejak ada Gluten-free Bread Mix oleh When Makcik Bakes ni, macam-macam eksperimen saya buat.Pizza, roti, donat dan kali ini, BAGEL.Bagel adalah sejenis roti berlubang di tengah seperti donat. Tapi direbus sebelum dibakar dalam larutan soda. Tujuan merebus dalam air soda adalah untuk mendapatkan tekstur kenyal dan berkerak di luar.Resipi bagel tanpa gluten biasanya memerlukan xanthan-gum, tapi dengan Bread Mix, bahan-bahan adalah sangat mudah dan kurang terproses.Gembira sangat dapat makan bagel tanpa gluten di rumah. Nihadriz Niha -
Biskut Cip Coklat ala Famous Amos Tanpa Gluten Biskut Cip Coklat ala Famous Amos Tanpa Gluten
Saya olah resipi daripada Cookpadder Natasha, kepada versi tanpa gluten pakai tepung serbaguna Bread, Batter & Beyond ❤️Bahan mudah sangat. Semua ada di rumah hehehe.#cppassport Nihadriz Niha -
Kuih Bakar Pandan Tanpa Gluten dan Tanpa Telur Kuih Bakar Pandan Tanpa Gluten dan Tanpa Telur
Siapa kata pilihan sihat tu tak sedap? Kita usahakan bagi sedap dengan menggunakan bahan kurang terproses.Godek resipi, seperti biasa sebab nak bagi Awfa makan.Baru-baru ni badan dia naik gatal-gatal (flare up) jadi haruslah maknya gigih jaga makan dengan lebih ketat.Bahan mudah. Beli je Bread Mix dari When Makcik Bakes hehehehe. Tak adalah susah hati nak fikir campuran tepung apa. Salah campur, bantat jadinya. Kan sedih tu.Daun pandan pula memang tanam di rumah. Lagi mudah. Saya tak pakai pewarna, jadi untuk jus pandan, blend lebih banyak daun pandan supaya warna lebih cantik ❤️Disebabkan kuih ni tanpa telur, kalau disimpan dalam peti sejuk akan menjadi keras. Tak ada masalah. Stimkan sekejap dalam 10-15 minit, insha Allah akan lembut semula.Selamat mencuba!#glutenfree #vegan #tanpagluten #bebasgluten #bebastenusu #bebastenusu #tanpatelur #kuihtradisional Nihadriz Niha -
Kulit Pai Tanpa Gluten Kulit Pai Tanpa Gluten
Haaaa... saya sangatlah teruja nak cuba resipi ni sebenarnya. Guna Bread Mix, tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Resipi ini diolah dari Gluten Free on A Shoestring - Extra Flaky Gluten-Free Pie Crust.Banyak kegunaan rupanya Bread Mix daripada When Makcik Bakes ni.Bread Mix ni sesuai untuk buat pai manisan atau savuri. Pai epal, galette (sejenis pai terbuka) atau quiche, terpulang. Biasanya saya buat berdasarkan apa yang ada dalam peti sejuk hehehe.#whenmakcikbakes #tanpagluten #glutenfree #bebasgluten Nihadriz Niha -
Penkek Poket Tanpa Gluten & Vegan - Menggunakan Sandwich Maker Penkek Poket Tanpa Gluten & Vegan - Menggunakan Sandwich Maker
Disebabkan gas di rumah habisss dan anak-anak lapar 😂Sementara tunggu tong gas datang, kita pun pakailah sandwich maker sedia ada.Ini bukan sebarang penkek tau.Macam apam balik dah pun, siap ada inti hehehee.Kalau tak ada santan, bancuh je dengan air. Tak ada masalah.#goldenapron2020 #week21 #glutenfree #tanpagluten #vegan #tanpatelur #bebasgluten Nihadriz Niha
Lebih Banyak Resipi
Komen