Aiskrim Malaysia Asam Boi

Recook & cooksnap resepi cookpader 'S' lagii.. 😁
Kali ni inspirasi daripada resepi cookpader Mai Belajar Masak.
Kalau ikut resepi Mai guna 4000g air, boleh dapat aiskrim yang banyak.
Tapi akak cuma gunakan 2 liter air. Jadi dapatlah 17-20 batang aiskrim.
Akak juga tambahkan kordial asam masin serta perahan jus limau nipis dalam tu. Pergghh... Memang bangkit rasa dia...
Penggunaan tepung jagung juga menjadikan struktur aiskrim ni sangat gebu dan lembut ketika dimakan.
Panas-panas ni, dapat makan aiskrim sejuk-sejuk macam ni nikmatnya tak terkata.
Akak suka... Akak suka 🤗🤗
Aiskrim Malaysia Asam Boi
Recook & cooksnap resepi cookpader 'S' lagii.. 😁
Kali ni inspirasi daripada resepi cookpader Mai Belajar Masak.
Kalau ikut resepi Mai guna 4000g air, boleh dapat aiskrim yang banyak.
Tapi akak cuma gunakan 2 liter air. Jadi dapatlah 17-20 batang aiskrim.
Akak juga tambahkan kordial asam masin serta perahan jus limau nipis dalam tu. Pergghh... Memang bangkit rasa dia...
Penggunaan tepung jagung juga menjadikan struktur aiskrim ni sangat gebu dan lembut ketika dimakan.
Panas-panas ni, dapat makan aiskrim sejuk-sejuk macam ni nikmatnya tak terkata.
Akak suka... Akak suka 🤗🤗
Cara Memasak
- 1
Masukkan air, bancuhan tepung jagung, gula dan asam boi kedalam periuk. Masak sampai mendidih dan air menjadi jernih.
- 2
Masukkan kordial asam masin. Boleh rasa dulu. Tak cukup boleh tambah. Boleh juga letak sedikit garam kalau perlu. Kacau sebati. Padamkan api.
- 3
Perahkan jus asam limau secukupnya. Tapis air dan ketepikan asam boi. Sejukkan dulu.
- 4
Masukkan 1 biji asam boi kedalam plastik. Isi air asam boi tadi secukupnya. Ikat ketat-ketat.
- 5
Bekukan dalam peti ais semalaman sebelum dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Ais krim Sunquick Asam Boi Ais krim Sunquick Asam Boi
Teringat zaman saya berniaga kecil-kecilan dahulu, aiskrim malaysia ni lah yang paling laku. Bila budak-budak sekolah menyerbu membeli sampai tak menang tangan dibuat nya. Kadang ada di antara mereka yang berebut membeli pada hal ais krim tinggal sebatang jer lagi, akhir nya saya bagitau pada mereka berdua tu, "takpe, yang ni acik sedekah jer pada kamu berdua. Kalau acik jual kat dia (sambil tunjuk pada kawan nya), nanti kamu pula tak dapat. Kalau acik jual pada kamu, nanti kawan kamu pula tak dapat. Jadi, ais krim ni acik potong dua bahagi sorang satu, adil kan? Masing-masing tersenyum ucap terima kasih (dalam bahasa mandrin) sambil hisap ais krim berlalu pergi.Cuaca panas memang sedap makan ais krim sampai tangan pun rasa sejuk kerana menggenggam ais krim. Dapur Yusfarisyia -
AisKrim Malaysia Asam Boi AisKrim Malaysia Asam Boi
#aiskrimMalaysia yang paling menjadi kegilaan akk dan suami...Xpernah jemu sekali makan boleh habis 3 batang sorang2...Xsusah pun nak buat hanya 3 bahan jer...dan xperlu nk masak...😂🥰😋 Maaf ya xsempat nak menayang yang dah beku akk kepanatan...nanti akk edit semula gambar ...🙏🙏❤️ Aza Aaj -
Aiskrim Malaysia Milo Homemade by Yani Aiskrim Malaysia Milo Homemade by Yani
#cookpadworlddessert Assalamualaikum hai semua. Hari ni Yani kongsikan resipi Aiskrim Milo yang selalu Yani buat untuk jualan. Selain itu juga, aiskrim ini menjadi pencuci mulut untuk keluarga Yani makan di rumah. Bila cuaca panas, dapat makan aiskrim yang sejuk dan gebu tidak berkaca terasa nikmatnya. Selamat mencuba😁. Nur Azliani Amer -
Aiskrim Malaysia Aiskrim Malaysia
Aiskrim Malaysia sesuai dengan namanya pasti menggamit memori zaman kanak-kanak. Walaupun sekarang dah dewasa tapi ianya masih lagi menjadi kegemaran keluarga🥰.Resepi ni merupakan inspirasi dari Ticer Lini dan saya ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur😄. Anda boleh pilih apa sahaja perisa kegemaran. Saya memilih perisa oren.Selamat mencuba!😍 Lucy’s cooking -
Ais Krim Malaysia Asam Boi Ais Krim Malaysia Asam Boi
#teamtreesDemi cabaran bonus air semalam akk terus bancuh satu jug air Asam boi...sebab dah niat untuk dijadikan ais krim Malaysia semua suka kannn kalau beli kt kedai sekarang 50 Sen atau RM1 satu batang...untung buat sendiri jimat mak2 kalau anak ramai tu elok sangat buat sendiri boleh jugak dijadikan income sampingan...Jom tengok cara2 membuatnya akk share disini💖😘 Aza Aaj -
Aiskrim Malaysia choki2 Aiskrim Malaysia choki2
Aiskrim ni sya buat jual. Laku keras aiskrim ni. 😊😊Mak2 bole try..ank2 psti suka. 😋😋 Nor Syakila Azmi -
Aiskrim Buah Naga & Laici 🍉🍎 Aiskrim Buah Naga & Laici 🍉🍎
Resepi air mimosa yang saya share kemarin ada berbaki dan masih elok. Jadi dapatlah 3 bijik aiskrim Malaysia. Sedap pulak makan bila dah jadi aiskrim. Jom cuba 🤗❤️ Nurul Kefftya -
Aiskrim Coklat Aiskrim Coklat
#aiskrimmalaysiaDulu beli aiskrim ni 10 sen satu. Macam-macam perisa, sirap, bandung, milo, kelapa. Kalau aiskrim bubur kacang, bubur jagung, jeruk pauh, asam boi merah, putih, 20 sen. Sejuk tangan pegang batang aiskrim tu. Tebal bibir-bibir. Suka sangat makan dengan kawan-kawan. Hari ni jom makan aiskrim perisa coklat. Kena pulak dengan cuaca panas terik ni. Sambil makan tu ingat kawan-kawan sepermainan dulu. Kenangan yang cukup indah. Cempaka Putih -
Aiskrim Malaysia : Nata De Coco Aiskrim Malaysia : Nata De Coco
Cuaca kejap panas terik, kejap hujan sekarang ni seronok kalau ada stok aiskrim di rumah. Bosan-bosan tak tahu nak buat apa, boleh tonton movie sambil makan aiskrim. Jadi Yani buat aiskrim berperisa Anggur Laici Nata De Coco dan Grape Fruits Laici Nata De Coco.Bahan simple je. Nur Azliani Amer -
Aiskrim Malaysia Mix Fruity Milky Aiskrim Malaysia Mix Fruity Milky
#aiskrimmalaysiaAiskrim Malaysia ni paling laku sebab tak kira musim panas ke hujan, sentiasa ada permintaan.Selain dari filling strawberry, boleh juga digantikan dengan filling lain. Contohnya, filling kiwi, mango, oren atau blueberry. Filling boleh beli di kedai bakery. RH Kitchens -
Aiskrim Sirap Asam Masin 🇲🇾 Aiskrim Sirap Asam Masin 🇲🇾
#TakLebih6BahanAiskrim lejen. Eskrem sirap asam masin, eskrem oren asam masin, eskrem asam masin mangga kering atau jeruk mangga dan eskrem asam masin lobak merah tu jadi sumber wang saku tambahan masa kecik2 dulu. Jual kat kawan2, 1 batang cuma 20sen kalau asam masin. Kalau eskrem perisa sahaja mcm sirap, oren, laici botol cap Lion tu cuma 10sen je..Kawan pun ada jual jugak, tapi dah pakat jgn buat eskrem sama jenis. Kalau nak makan eskrem milo, eskrem laici kena beli kat rumah kawan lain. Hahaha…Main lompat getah ramai2, pastu gi beli eskrem dan makan sama2. Pastu main kejar2, main ting ting, main lompat kotak kapal terbang, makan eskrem lagi!! Yang penting lepas makan, tiup plastik eskrem kosong tu sampai kembang pulas2 sampai plastik kembung keras, pastu pijak bagi meletup!! Lawan bunyi letup pulak ramai2!! Indahnya zaman kanak-kanak!Tapi dulu main ikat mati kemas2 je..sekarang ni baru je belajar ikat guna teknik tali. Fuhhh..beberapa kali percubaan juga nak bagi pandai ngikat. 😄 Sesimple Loralin -
Aiskrim Malaysia Creamy Corn Aiskrim Malaysia Creamy Corn
#aiskrimmalaysiaAiskrim Malaysia ni paling laku sebab tak kira musim panas ke hujan, sentiasa ada permintaan.Resipi ni jugalah kita cari rezeki dan buat jualan dari tahun 2016 dulu. Sambil-sambil kerja dekat pusat tuisyen sambil selit-selit buat tambah kos sara hidup dekat tempat orang dulu. Sekarang pun masih jalan lagi dekat kuarters dan hospital. Alhamdulillah! RH Kitchens
Lebih Banyak Resipi
Komen (6)