Semperit Susu (Biskut Raya)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#TakLebih6Bahan #ResepiMudah
Setiap kali buat semperit susu Uchu buat warna putih je..suka pulak tgk semperit kaler2 lalu-lalang. Maka nak try jugak lah..lepas siap biskut ni, esoknya baru gi beli acuan pecah 14,15🤣 takpelah..guna tahun depan, Insyaallah panjang umur dan sihat.

Lagi satu, setiap kali Uchu buat semperit, Uchu tak berpeluang nak tekan bunga dia tu dari acuan. Hanya demo 1 atau 2 biji pada anak. Pastu anak akan buat rampasan kuasa..dia jeeee nak tekan..Umminya ni..keciikk2 mata nengok anak menekan senget benget, bunga tak sama tinggi, bunga tak sama bentuk...aishhhh! Demi tak potong semangat diorang..redho ajelah..🤣

Resepi 3 bahan ni sebenarnya bukan sesuatu yang baru bagi Uchu..nostalgia; arwah tok, arwah mak Uchu dan jiran2 arwah mak kumpul ramai2 sejak zaman dulu kala pun guna resepi 3 bahan untuk buat biskut semperit ni. Cuma gang2 orang lama ni, tak payah2 sukat cawan metrik pun..guna tin susu tu kalau nak sukat pun..lagi satu, takdenyer nak guna pure butter ke ape..Planta dalam tin tu je..ada gak marjerin timbang kilo. 😁Arwah mak panggil biskut bunga cina..

Biskut raya!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gbutter (lembut, sejuk)
  2. 2/3 cawansusu pekat manis
  3. 4 cawantepung gandum
  4. Optional
  5. Coklat chip/manik/ceri (untuk hiasan)
  6. Pewarna gel
  7. Nota: untuk dapat lebih banyak, gunakan 1 tin susu pun tiada masalah, cuma tambahkan tepung sehingga mula tidak lekat pada dinding bekas/jari semasa uli

Cara Memasak

  1. 1

    Kacau butter dan susu sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang.

  2. 2

    Tambahkan tepung sikit demi sedikit sehingga adunan MULA tidak melekat pada dinding bekas/jari apabila diuli. (Pastikan adunan tetap lembut.)

  3. 3

    Bahagikan adunan dan warnakan jika suka.

  4. 4

    Masukkan adunan hijau dalam acuan tekan semperit. Tekan nipis untuk lapisan daun. Uchu gunakan ring untuk saiz yang sama.(nozzle kelopak daun) Boleh juga gunakan ring untuk bunganya.

    Atau guna macarons mat.

  5. 5

    Kemudian tekan pula adunan kuning pekat dicampur dengan warna asal untuk dapatkan tona warna sebagai bunganya. Jangan terlalu tinggi bunganya supaya biskut masak sepenuhnya sampai ke dalam. Gunakan Nozzle pecah 14.

    (Uchu cuma ada icing nozzle pecah 14😅)

  6. 6

    Laraskan rak paling bawah. Panaskan oven pada suhu 160c dengan fungsi kipas. Kemudian turunkan suhu pada 150c, bakar biskut selama 12-15 minit.

    Penting! Suhu bergantung pada oven masing2. Jika terlalu panas biskut mudah hangus dengan cepat. Maka MATJH.

  7. 7

    Keluarkan biskut dan sejukkan atas redai.

  8. 8

    P/s: Biskut tanpa pewarna pun tak dilupakan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (2)

asimah asli
asimah asli @asmhasl
kalau pakai margarine/ planta boleh ke ?

Resipi Sepertinya