Basque Burnt CheeseCake (Sepanyol 🇪🇸)

LATIPAH NAWAWI
LATIPAH NAWAWI @KakLat
Kuala Kurau, Perak

#cppassport
Hari ni birthday En Gulahati. Teringin sangat nak buatkan dia cheesecake. Krim cheese dah lama beli sejak puasa lagi. So hari ni, Kak Lat bawa suami ke Sepanyol.

Recook resipi Julia Aleen.

Basque Burnt CheeseCake (Sepanyol 🇪🇸)

#cppassport
Hari ni birthday En Gulahati. Teringin sangat nak buatkan dia cheesecake. Krim cheese dah lama beli sejak puasa lagi. So hari ni, Kak Lat bawa suami ke Sepanyol.

Recook resipi Julia Aleen.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4-5 orang
  1. 250 gramcream cheese tatura
  2. 20 gramtepung gandum
  3. 85 gramgula kastor
  4. 2biji telur A atau B
  5. 125 mlfresh milk (susu segar)
  6. 1 sudu tehesen vanila

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Sediakan loyang saiz 6 inci, sapu sedikit mentega & lapik baking paper melebihi loyang serta sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Satukan cream cheese dan gula, pukul hingga creamy. Kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanila pukul sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung dan pukul sebati. Akhir sekali, masukkan fresh milk pukul sebati.

  4. 4

    Tuang ke dalam loyang, pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 200 api atas & bawah bakar hingga masak dalam 1 jam.
    Set lagi sekali masa 10 minit api atas sahaja, suhu masih sama biarkan permukaan kek terbakar warna coklat gelap.

  5. 5

    Keluarkan dari oven biarkan sejuk sekejap 15 minit, kemudian boleh disimpan dalam peti ais dahulu sebelum potong. Sedap dimakan sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
LATIPAH NAWAWI
pada
Kuala Kurau, Perak
Ibu anak 3 yang minat memasak sejak usia 10 tahun.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya