🇻🇳 Chè Chuôì

Che chuoi ni sekali pandang macam pengat pisang. Tapi dia guna sagu besar. Iman masak banyak, rendam la satu paket sagu, takut tak cukup, sekali dah kembang, mak aih punyalah banyak.
Dah la dengan daun pandan lupa beli. Kacang tanah pun takda. Takpa, janji kita buat guna bahan yang ada kan.
Tapi serius sedap.
Bolehla selalu buat nanti
🇻🇳 Chè Chuôì
Che chuoi ni sekali pandang macam pengat pisang. Tapi dia guna sagu besar. Iman masak banyak, rendam la satu paket sagu, takut tak cukup, sekali dah kembang, mak aih punyalah banyak.
Dah la dengan daun pandan lupa beli. Kacang tanah pun takda. Takpa, janji kita buat guna bahan yang ada kan.
Tapi serius sedap.
Bolehla selalu buat nanti
Cara Memasak
- 1
Potong pisang, salutkan dengan gula. Biarkan.
Sagu rendam, tapi rendam sekejap je tau, kalau lama habis hancur - 2
Panaskan air, masukkan sagu tadi. Kacau-kacau sebab nanti dia akan cepat likat, takut hangit. Dah hangit tak sedap.
- 3
Lepas tu masuk masukkan santan, pisang. Kalau-kacau. Texture dia memang pekat. Pastu masukkan garam. Kalau rasa tawar, tambah gula organic lagi.
- 4
Kemudian boleh hidangkan. Tabur kacang tanah dan bijan, tapi Iman takda, guna almond nib.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bubur Jagung Bubur Jagung
#cooksnapmerdeka2020Kebetulan kawan ada bagi beberapa tongkol jagung.Nak rebus, takut tak cukup untuk anak-anak makan.Lepas tu tengok santan ada, sagu ada jadinya saya buat bubur jagung.Ingatkan cukuplah untuk anak-anak makan, rupanya tak cukup juga. Sedap la gamaknya, tu yang sampai tak cukup tu.Nampaknya nanti lepas Iman sihat sikit, kena buat lagilah bubur jagung untuk anak-anak. Iman Hasanah Musa -
Wadai kepeng Merdeka Wadai kepeng Merdeka
#merdeka2020#goldenapron2020Untuk contest merdeka ni, mula-mula nak buat agar-agar merdeka.Dah siap beli bahan semua sekali kena warded.Iman ingat tak sempat dah nak join.Pastu rezeki discharge, Iman pun duk fikir makanan apa yang boleh Iman buat dengan cepat dan pantas.Pastu fikir punya fikir, Iman buat Wadai kepeng la.Bahan pun senang, kira boleh la Iman buat untuk bagi family makan. Iman Hasanah Musa -
Bubur Kacang Hijau Bubur Kacang Hijau
#goldenapron2020Bubur kacang hijau ni menjadi kesukaan rakyat Malaysia.Termasuklah anak-anak Iman. Kalau buat bubur tak boleh sikit-sikit. Kena banyak, depa boleh duk berulang kali makan. Tak makan nasi dah la kiranya.Nak best lagi makan dengan biskut pat sagi tambah ayaq kopi. MasyaAllah memang gabungan yang matap.Nak lagi sedap, buh la durian dalam bubuqr kacang hijau ni, In Shaa Allah dijamin sedap sampai menjilat mangkuk. Iman Hasanah Musa -
👩🍳 Vietnamese Chè Chuối 🇻🇳 👩🍳 Vietnamese Chè Chuối 🇻🇳
Vietnamese Banana Pudding in Coconut Milk with Tapioca Pearls atau Puding Pisang Santan dengan Sago.‘Che’ bermaksud sup/bubur manis seperti puding dan minuman. ‘Chuoi’ bermaksud pisang.Vietnamese Che Chuoi selalunya dihidang selepas makan malam.Inspirasi resipi: cookingwithlane 🌹#cppassport Mahadiah -
Bubur Gandum Bubur Gandum
#cooksnap#mentorloveBila nampak resepi Bubur gandum jagung dari Master Jamal ni, terus teringat masa kecik dulu, Tok selalu masak. Tambah jagung, tambah sagu, sedapnyaaa.Bila pegi Pasar Mini, nampak pula packet gandum, apa lagi terus amik masuk bakul. Jagung pula Iman cari punya cari takda. Boleh pula terlupa nak beli jagung dalam tin.Takpalah, Iman ganti dengan sagu je. Iman Hasanah Musa -
👩🍳Chè Bắp (Vietnamese Sweet Corn Pudding) 🇻🇳 👩🍳Chè Bắp (Vietnamese Sweet Corn Pudding) 🇻🇳
Chè perkataan Vietnamese bermaksud sup manis. Bắp bermaksud jagung. Jadi; menu ini adalah sup manis jagung atau kita panggil pengat atau bubur jagung.Inspirasi resipi @ticer_cem , pengat ini sangat enak dimakan panas atau suam. Apabila ditabur bijan putih, pengat ini lagi sedap kerana setiap gigitan jagung yang masih rangup, sago yang lembut, bijan yang ‘nutty’.🌎NegaraHurufV- Vietnam- resipi 1/3#cppassport Mahadiah -
Pengat Pisang Nipah Bersama Sagu Pengat Pisang Nipah Bersama Sagu
Hai..hai..hai... Hari ni ibu nak story pasal pengat pisang nipah dan sagu 🥳🥳💁Hasil berbudi pada tanah. Pisang nipah yang abah tanam sendiri, berbagi-bagilah kami sorang sikit. Memang puas dah makan pisang nipah ni. Boleh kata salu jugalah sebab abah tanam banyak pokok. Ada yang kat belakang rumah, ada yang kat depan , ada yang kat tepi rumah.. eh boleh kata selagi ada tanah selagi tulah ada tanamam yang abah tanam. Tu belom masuk bab sayur-sayur lagi🥳Dah selalu sangat buat pisang goreng nipah. Kali ni ibu sajer biarkan pisang nipah ni masak betul-betul sebab ibu nak buat pengat. Pengat pisang nipah campo sagu. Sedapnyaaa laahaiii. Dah terbayang-bayang dan terasa-rasa..Mengopes-ngopes kat dapo, ternyata stok sagu ada banyak lagi dalam peti ais. Gula melaka dan santan kotak pun ada. Apa lagi, tanpa berlengah..pegi belakang rumah petik daun pandan. Moh la kita buat pengat 🥳🥳#GoldenApron23Week 3 Noor Atika Mahamood -
Pengat Pisang Pengat Pisang
#goldenapron2020#cooksnapLama tak makan pengat Pisang.Hari tu nampak Put (Ummu Razin) share resepi, tetiba jadi teringin nak makan.Dua-tiga hari juga baru jumpa pisang.Asyik terlupa je nak beli.Bila dah beli, terus buat.Taraaaa..Dah boleh makan. Iman Hasanah Musa -
Pengat Pisang Bersagu Pengat Pisang Bersagu
Hujung minggu baru ni beli pisang memang niat nak buat pengat pisang. Pagi tadi nampak pisang macam dah mula masak dan lembek sikit. So cepat2 la pegi masak kang dah lembek sangat nanti tak sedap pulak.Terpandang pulak sagu yang dah lama beli kat dapur. Eh kita buh sagu la sikit. Selalu kalau masak tak pernah letak sagu.Sekali rasa ooooo sedap jugak rupanya ada sagu ni. Lain kali boleh letak banyak sikit. Petang petang yang sunyi ni layan pengat pisang dan kopi O panas memang padu la. Tak sedar habis dah semangkuk. 😋SELAMAT MENCUBA!#goldenapron2020#minggu21#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Pengat Pisang Jagung Bersagu Pengat Pisang Jagung Bersagu
#CookpadApron2025#Week5#Pisang #Jagung #SaguSelalunya saya buat pengat pisang kosong je campur sagu atau pengat jagung campur sagu. Kali ni saya gabungkan kedua2nya, iaitu pisang & jagung. Alhamdulillah sedap sangat..pisang yg lembut, jagung yg crunchy..tambah pulak dengan sagu, menyedapkan lagi pengat ni..kuahnya cukup lemak manis.. Sedap di makan panas2 atau sejuk2 dari peti ais.. Nor Al Fatihah -
Chè Bắp (Vietnamese Sweet Corn Pudding) 🇻🇳 Vietnam Chè Bắp (Vietnamese Sweet Corn Pudding) 🇻🇳 Vietnam
#cppassportSangat creamy. Puding ni akak dah permudahkan cara penyediaannya. Akak terus guna biji jagung frozen. Kalau ikutkan cara asalnya, tongkol jagung yang telah diasingkan bijinya direbus bersama daun pandan dan diambil airnya sahaja. Air tadi digunakan untuk memasak puding ni bersama santan, biji jagung dan sagu. So, kita buat cara yang super mudah ni, menggunakan isi jagung frozen. Cempaka Putih
Lebih Banyak Resipi
Komen