Hokkaido Bake Cheese Tart

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Cheese tart yang sangat mudah disediakan.Tak perlu menghias dengan pelbagai corak.ia hanya di bakar dengan menggunakan api atas supaya sedikit hangus terbakar dipermukaan cheese.Sangat sedap menikmati Hokaido Bake Cheese Tart ini.Jom kita cuba👍😋

Bila diselidik Hokkaido Bake Cheese Tart ini berasal dari Jepun.Ia adalah sempena nama sebuah pulau yang sangat terkenal di jepun. Ia merupakan pulau terbesar yang ke-21 di dunia. Selain keindahan alam semulajadinya yang indah, makanan dengan bahan asas keju juga sangat popular di sana. Rata-rata pelancong akan mencari makanan yang berasas daripada keju seperti hokkaido baked cheese tart ini.

#cppassport

Hokkaido Bake Cheese Tart

1 komen diterima

    Cheese tart yang sangat mudah disediakan.Tak perlu menghias dengan pelbagai corak.ia hanya di bakar dengan menggunakan api atas supaya sedikit hangus terbakar dipermukaan cheese.Sangat sedap menikmati Hokaido Bake Cheese Tart ini.Jom kita cuba👍😋

    Bila diselidik Hokkaido Bake Cheese Tart ini berasal dari Jepun.Ia adalah sempena nama sebuah pulau yang sangat terkenal di jepun. Ia merupakan pulau terbesar yang ke-21 di dunia. Selain keindahan alam semulajadinya yang indah, makanan dengan bahan asas keju juga sangat popular di sana. Rata-rata pelancong akan mencari makanan yang berasas daripada keju seperti hokkaido baked cheese tart ini.

    #cppassport

    Edit resipi
    Lihat statistik
    Kongsi
    Kongsi

    Ramuan

    1. 150 grammentega sejuk(potong dadu)
    2. 60 gramgula aising
    3. 2biji kuning telur gred A
    4. 1 sudu tehesen vanila
    5. 300 gramtepung gandum
    6. 50 gramtepung kastard
    7. Bahan adunan kastard Cheese:
    8. 250 gramcream cheese tatura
    9. 20 gramparmesan Cheese(optional)Jika letak lagi sedap
    10. 30 grammentega
    11. 150 gramwhipping cream
    12. 70 gramgula kaster
    13. 10 gramtepung jagung
    14. 1biji putih telur
    15. 1 sudu tehjus lemon
    16. 1biji kuning telur untuk disapu

    Cara Memasak

    1. 1

      Untuk Shell Tart:
      Satukan gula aising dengan mentega,adun sehingga sebati.masukkan kuning telur dan esen vanila.

    2. 2

      Masukkan tepung gandum dan tepung kastard gaul menjadi serbuk roti kemudian uli lembut hingga menjadi doh.Jangan uli terlalu lama cukup sekadar doh sebati.Balut dengan plastik wrap simpan atau rehatkan dlm peti ais selama 30 minit.

    3. 3
    4. 4

      Sapu acuan tart dgn sedikit mentega. Kemudian letak sedikit doh di dlm acuan. Kemudian tekan dgn penutup ubat atau tart presser. Buang lebihan doh di bahagian tepinya dgn pisau dan kemaskan.
      Boleh juga dicucuk2 dasarnya menggunakan garpu.

    5. 5

      Bakar suhu 150°c selama 20 minit.Untuk saiz yg sedikit besar.
      Jika shell tart ukuran 4.5 cm bakar suhu 150°c selama 15 minit.(ikut oven masing2)

      Nota:Suhu dan tempoh membakar mengikut saiz shell tart.

    6. 6

      Cara buat kastard Cheese:
      Satukan cream Cheese,parmesan cheese,mentega,Whipping cream dan gula kaster kacau sebati dengan api perlahan.Masukkan tepung jagung ke dalam Whisk lagi hingga licin dan tidak berbintil.

      Nota: Sepatutnya dicampur juga dengan cheese Mascarpone namun saya tiada cheese mascarpone saya gantijan shj dengan cream cheese tatura.

    7. 7

      Matikan api, masukkan putih telur dan jus lemon Kacau rata.
      Masak semula di atas api kecil hingga meletup-letup dan pekat.

    8. 8

      Tapis tuang adunan cheese ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.
      Simpan di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.

    9. 9

      Keluarkan dari peti sejuk, kacau rata, masuk ke dalam piping beg picit ke dalam kulit tart.
      Setelah selesai sapu kuning telur dipermukaan Cheese,

    10. 10
    11. 11

      Bakar rak atas pada suhu 200C selama 10 minit atau hingga permukaan sedikit terbakar.

    Edit resipi
    Lihat statistik
    Kongsi

    Cooksnap

    Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

    Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
    Cook Today
    Q'leenalee's Kitchen
    Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
    pada
    Kota Kinabalu
    🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
    Baca lagi

    Komen

    Resipi Sepertinya