Kek Batik Cadbury

Hana Shafirah
Hana Shafirah @hanashafirah
Penang, Malaysia

Kek Batik Cadbury ini merupakan "signature recipe" saya sendiri mengikut sukatan yang tepat. Selamat mencuba! 🥰

Kek Batik Cadbury

Kek Batik Cadbury ini merupakan "signature recipe" saya sendiri mengikut sukatan yang tepat. Selamat mencuba! 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 15 minit
1 loyang
  1. Bahan kek batik
  2. 1 bukubuttercup
  3. 1 1/2 cawanmilo
  4. 1 1/2 cawanserbuk koko
  5. 1/2 sudu makanesen vanilla
  6. Sebijitelur
  7. 1/2 tinsusu pekat
  8. 2 bungkusbiskut marie
  9. Air
  10. Topping
  11. 1/2 kepingcoklat masakan (dark)
  12. 1/2 kepingcoklat cadbury (plain)
  13. 1 kotakkecil whipping cream
  14. 1/2 sudu kecilesen vanilla
  15. 1/2 sudu kecilbuttercup

Cara Memasak

1 jam 15 minit
  1. 1

    Masukkan buttercup ke dalam periuk/kuali. Pastikan api sentiasa dalam keadaan kecil/sederhana sepanjang mengadun adunan.

  2. 2

    Selepas buttercup cair, masukkan milo dan serbuk koko. Seeloknya kacau menggunakan whisk/pemukul telur.

  3. 3

    Masukkan esen vanilla, telur dan susu pekat. Kacau rata.

  4. 4

    Tambah air supaya adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

  5. 5

    Masukkan biskut marie yang sudah dipatahkan kepada beberapa bahagian. Kacau hingga sebati. Pastikan biskut marie berpalut dengan adunan dan tidak kelihatan terlalu kering. Pastikan ada sedikit kuah, tapi jangan terlalu banyak kerana kek batik akan menjadi lembik.

  6. 6

    Untuk topping, gunakan kaedah double boiling. Cairkan coklat masakan dan coklat cadbury. Masukkan esen vanilla, whipping cream dan sedikit buttercup. Cairkan seperti biasa.

  7. 7

    Untuk dressing, masukkan biskut marie ke dalam loyang yang dilapik dengan parchment paper/plastik (supaya mudah nak keluarkan dan kek batik akan jadi lebih cantik). Tekan-tekan dengan menggunakan sudip untuk pastikan kek batik menjadi padat. Akhir sekali, tuang topping di atas kek batik dan sejukkan di dalam peti sejuk.

  8. 8

    Tips nak dapatkan potongan kek batik yang cantik: Gunakan pisau yang sudah direndam sekejap dalam air panas. Lap dan boleh potong! Selamat mencuba 😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Hana Shafirah
Hana Shafirah @hanashafirah
pada
Penang, Malaysia
Suka-suka 💜
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya