Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven

Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor

Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven. Untuk kek batik, kali ni disediakan tanpa telur. Resepi dari Che Nom

Jumlah Hidangan:9x9 inci kek batik

Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven

Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven. Untuk kek batik, kali ni disediakan tanpa telur. Resepi dari Che Nom

Jumlah Hidangan:9x9 inci kek batik

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
  1. Bahan-bahan untuk Kek Batik
  2. 2pack /540g biskut marie
  3. 250 gmentega
  4. 1/2 tin/200g susu pekat manis
  5. 1 cawanserbuk Milo
  6. 3/4 cawan/180ml susu full cream
  7. 1/2 cawan/50g serbuk koko
  8. 1/4sudu kecil garam *for unsalted butter
  9. 1sudu kecul esen vanilla
  10. Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
  11. 250 gkrim keju
  12. 3sudu besar /50g gula kastor
  13. 1sudu kecil esen vanila
  14. 1sudu besar susu pekat manis
  15. 3/4sudu besar serbuk gelatin
  16. 3sudu besar air panas
  17. 200 mlkrim putar tenusu
  18. Bahan-bahan untuk coklat ganache:
  19. 300 gcoklat masakan gelap
  20. 250 gkrim putar tenusu
  21. 1sudu besar butter
  22. 1sudu kecil esen vanilla

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Cara-cara untuk kek batik:
    Lapik loyang dengan plastik atau kertas kalis air.

  2. 2

    Patah-patahkan biskut marie.

  3. 3

    Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai tak berketul.

  4. 4

    Masukkan esen vanila, garam (kalau guna unsalted butter).

  5. 5

    Kacau sampai mendidih dan tutup api.
    Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.

  6. 6

    Tuang ke dalam loyang.
    Ratakan dan tekan rapat.
    Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.

  7. 7

    Cara-cara untuk lapisan cheese:
    Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.

  8. 8

    Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan.
    Masukkan gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin.
    Kacau sekata.

  9. 9

    Dalam bekas yang berasingan, putar whipping cream sehingga kental.
    Campurkan whipping cream dalam adunan cheese.

  10. 10

    Keluarkan kek batik dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
    Ratakan dan masukan balik kedalam peti sejuk.

  11. 11

    Cara-cara untuk lapisan coklat ganache:
    Cairkan coklat (double boil).

  12. 12

    Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.
    Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat).
    Masukkan esen vanilla.

  13. 13

    Bila dah cair sekata boleh angkat.
    Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.
    Simpan dalam peti sejuk semalaman

  14. 14

    Tips:
    1. Jangan panaskan (double boil) terlalu lama coklat ganache.
    2. Sentuh bubble yang muncul atas lapisan coklat ganache supaya lapisan ganache tak menggerutu.
    3. Rendam pisau dalam air panas setiap kali kita potong, potongan lebih kemas dan bersih dengan cara ni.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nora Hj Talib
Nora Hj Talib @ummuqisda_kitchen
pada
Kota Puteri, Bt. Arang, Selangor
Ini merupakan buku resepi ibu yang tidak di bukukan bagi memudahkan ibu mencari semula. Ada resepi google dan ada resepi turun temurun. Resepi google yang menjadi sahaja ibu muatkan di sini. Sejujurnya ibu kurang mahir memasak. 😁😁😁
Baca lagi

Komen

Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
Sedapnya. Mudah sebab tak perlu guna oven.

Resipi Sepertinya