8inch brownies

Nur Atiqah Adam
Nur Atiqah Adam @eskian51

Pencinta coklat dengan sedikit rasa pahit kopi. Tidak terlalu manis, lembut dan chewy

Kongsi

Ramuan

1 jam
Unlimited
  1. 2 cawancoklat gelap (jenis coin). *brand : Van Houten*
  2. 3sudu besar butter (unsalted). *brand : Lurpak*
  3. 1/2 cawangula perang
  4. 2biji telur size A
  5. 1/2sudu kecil nescafe (instant) - larutkan dengan 1 sudu besar air panas
  6. 1sudu kecil essen vanilla *guna yang jenis premium untuk rasa yang lebih premium*
  7. 3/4 cawantepung gandum. Apa2 brand pun ok
  8. 2sudu besar serbuk koko. *brand : van houten*

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Panaskan oven pada suhu 175 degC & 10 minit
    - Api atas bawah

  2. 2

    Alaskan loyang petak 8inch dengan baking paper/butter

  3. 3

    Cairkan coklat gelap dan butter dengan teknik double boil @ guna microwave (1-2 minit, high heat)

  4. 4

    Biarkan sekejap coklat gelap yang telah cair

  5. 5

    Satukan gula perang + telur + essen vanila + nescafe dalam mangkuk. Guna whisker sahaja untuk gaul sebati. JANGAN OVERMIX!!!

  6. 6

    Masukkan coklat cair yang masih suam ke dalam adunan gula perang. Whisk manja sahaja sekadar sebati

  7. 7

    Masukkan tepung dan serbuk koko

  8. 8

    Whisk sebati dan manja sahaja. JANGAN OVERMIX!!!

  9. 9

    Masukkan dalam loyang

  10. 10

    Bakar pada suhu 175degC, 30 minit. Guna api atas bawah

  11. 11

    Setelah siap, biarkan brownies di dalam oven selama 10 minit

  12. 12

    Biar sejuk sebelum potong

  13. 13

    Options : Taburkan walnut @ almond nibs di atas permukaan brownies sebelum masuk ke dalam oven

  14. 14

    **Tip untuk hasilkan kedutan (berdasarkan pada pengalaman dan pembacaan)
    1) Letak loyang di bahagian paling bawah oven.
    2) Jangan simpan coklat coin/blok di dalam peti sejuk.
    3) Penggunaan telur yang segar.
    4) Jangan terlebih gaul, cukup sebati sahaja.

    ——————————————
    Selamat Mencuba🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Atiqah Adam
Nur Atiqah Adam @eskian51
pada

Komen (4)

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
#love
Sedapnya..Dah lama tak buat..Boleh buat ni

Resipi Sepertinya