Childhood Dalgona Candy 🍭 (달고나 사탕)

Dalgona atau 달구나 “ dalguna “ bermaksud manis dalam bahasa kasual Korea.
Gula gula atau snek jalanan di Korea yang dianggap ‘legend’ dan mengimbau zaman kanak - kanak .
Siapa berjaya jilat, patahkan, atau cucuk guna penyungkil gigi atau jarum dan berjaya keluarkan bentuk gula - gula , dikira hebat dan biasanya akan mendapt reward dari penjual.
Biasanya reward atau hadiahnya, sebatang gula - gula dalgona yang baru.
Hanya dua bahan sahaja digunakan : gula pasir dan soda bikarbonat.
Ini kali pertama saya cuba dan bentuknya agak terganggu dari asal. Tapi bolehlah kan. 🤣

Cara Memasak
- 1
Tuang gula dalam kuali non stick pan. Saya taknak ambik risiko melekat kalau masak dekat senduk. 😅
Jadi saya guna non stick pan. - 2
Kacau pada api perlahan sehingga gula cair sedikit demi sedikit. Saya kacau guna chopstick.
- 3
Bila nampak gula dah mula cair, bubuh soda bikarbonat dan matikan api. Kacau sebati cepat cepat.
- 4
Tuang di silicon mat dan letakkan lidi / batang. Kena buat cepat sebab gula gula ni cepat keras.
Menjadi apakah itu dalgona candy ku, lantaklah, jalan terus, malas nak try lagi, membazir. 🤣
- 5
Tunggu gula gula nya sejuk dan boleh ditarik dari silicon mat. Sedia dijilat. 😆
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen