Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Pukul mentega, gula halus dan ovellete dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan bertukar menjadi putih pucat. Masukkan cream cheese. Putar sebati.
- 3
Masukkan telur satu persatu di susuli dengan esen vanila, susu pekat dan tepung aiskrim vanila. Putar sehingga adunan sebati tidak berketul.
- 4
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekali gus. Masukkan sedikit putar sebati, kemudian masukkan lagi, ulang hingga tepung habis. Masukkan pewarna. Putar biar rata.
- 5
Panaskan oven 10 minit suhu 180°. Lapisan pertama guna api atas bawah, bakar 10 minit suhu 180°. Letak loyang pada rak tengah. 180g setiap lapisan. Ratakan adunan dalam loyang yang telah dialas, tabur cheddar cheese dan oreo hancur.
- 6
Untuk lapisan kedua dan sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar 8 minit suhu 150°. Letak loyang dirak bawah sekali. Jangan lupa tekan kek sebelum melapis.
- 7
Ulang langkah sama sehingga akhir lapisan. Ratakan adunan dan tabur cheddar cheese dan oreo.
- 8
Bila kek sudah masak, biarkan seketika sehingga kek merenggang dari loyang. Baru keluarkan.
- 9
Tunggu kek sejuk sepenuhnya baru potong. (Saya menggunakan loyang 8×8×3, jika tidak mahu kek terlalu tinggi boleh guna loyang 9×9×3).
- 10
Hasil bedah siasat. 😁
- 11
Nota:
👉Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
👉Untuk 2 lapisan terakhir, adunan tak cukup 180g, saya bahagikan sama rata. Tapi tak nampak nipis pun lapisan tu.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese
Kek lapis oreo cheddar cream cheese ini sangat sedap. Ada rasa lemak keju yang digabungkan dengan oreo. Anak-anak gerenti suka.Bolehlah buat untuk anak-anak cuti sekolah ini. Tentu mereka suka. Dapatlah mereka makan puas-puas.#TerbelajarKeranaCheBunga Nora Hj Talib -
Kek Lapis Green Tea Cheese Kek Lapis Green Tea Cheese
Kek lapis yang ke5 untuk raya nanti... Sapa yang suka green tea patut cuba... Resepi dari FB Dapur Kitak Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek Lapis Yam Cheese Kek Lapis Yam Cheese
Resepi inspirasi dari 'dapur kitak' cuma sedikit olahan, saya tambahkan yam filling. Resepi asal hanya letak serbuk aiskrim yam dan yam emulco.#TeamKek Azizah Mansor -
Kek Lapis Bubblegum Cheese Kek Lapis Bubblegum Cheese
Kek lapis kedua untuk tahun ni... Resepi dari FB Dapur Kitak Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek Lapis Lara Kayangan Kek Lapis Lara Kayangan
Untuk peminat oreo & cadbury boleh cuba kek lapis ni... Resepi ni dari Nenek Kebaya ( Resepi Mama Kent )#teamkek Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek lapis oreo cheese Kek lapis oreo cheese
Rancang nak buat kek lain, si abang pula minta buatkan kek oreo. Katanya lama mama tak buat kek ni.#TeamKek Azizah Mansor -
-
Kek Lapis Pinklava Kek Lapis Pinklava
Kek last ubtuk raya haji nanti. Untuk kek ni aku guna butter La Belle D'andaine. Saja nak test. Bau dia wangi. Rasa dia ok la tp sbb mulut ni dah biasa guna golden churn, memang menang ke golden churn lahhh... Hahaaa... Resepi dari Dapur Kitak Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Kek Lapis Cranberries Kek Lapis Cranberries
Resepi asal guna cream cheese kita olah sedikit ganti dengan yogurt. Alhamdulillah, sedap jer. Azizah Mansor -
Kek Lapis Cappuccino Coffee Cheese Kek Lapis Cappuccino Coffee Cheese
Sebenarnya nak buat kek lapis coklat cheese, sekali buka coklat untuk double boiled..ehh..coklat putih.. nampaknya en.suami tersalah beli. Malas nak fikir panjang sebab bahan-bahan lain semua dah sedia, kita olah je la resepi tu sikit. Azizah Mansor -
Kek Lapis Dil Kya Kare Kek Lapis Dil Kya Kare
Dah raya keberapa dah ni, baru dapat buat sebiji kek 😂. Tahun ni kek lambat keluar. Baru dapat rentak balik sebab lama tak melapis. Nanti melapis lagi tuk kek lapis yang lain pulak. Kek Lapis Dil Kya Kare resepi dari group RMK, serius sedap. Seronok betul dapat melapis balik. Semangat nak buat kek lapis yang lain pulak😍 Aznie Khasri -
Kek Lapis Anna Berry/Blueberry Cheese Kek Lapis Anna Berry/Blueberry Cheese
Walaupun derhaka sikit dengan resepi asal 😅.. alhamdulillah elok kejadiannya dan rasa pun sedap. Azizah Mansor
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)