Kerutuk / Kerutub Daging & Pulut Kuning

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Jumaat, penghulu hari. Alhamdulillah, makan pagi kita share dengan jiran dan mampu share post dan resepi sahaja dengan cookpaders.

Tatau ejaan sebenar macam mane. Kerutuk?kerutub?kerutup? Tak sama huruf kat ujung tapi dia belaka 😆

Kerutuk / Kerutub Daging & Pulut Kuning

Jumaat, penghulu hari. Alhamdulillah, makan pagi kita share dengan jiran dan mampu share post dan resepi sahaja dengan cookpaders.

Tatau ejaan sebenar macam mane. Kerutuk?kerutub?kerutup? Tak sama huruf kat ujung tapi dia belaka 😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. ✅Kerutuk Daging
  2. 1 kgdaging (potong besar)
  3. 1sudu besar asam jawa (dibancuh air)
  4. 300 mlsantan sederhana pekat
  5. 1biji bawang besar (belah 4)
  6. Bahan kisar
  7. 2biji bawang besar
  8. 1inci lengkuas
  9. 1inci halia
  10. 4 ulasbawang putih
  11. Bahan tumis
  12. Bahan kisar seperti di atas
  13. Rempah kasar (1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji pelaga)
  14. 3-4sudu besar rempah kerutuk
  15. 1 sudu tehserbuk ketumbar
  16. 1 sudu tehserbuk jintan putih
  17. 2sudu besar cili kisar @ 6 biji cili kering digunting sahaja (optional)
  18. 3 batangserai (diketuk)
  19. 1/2ketul nise
  20. Garam, gula secukupnya
  21. ✅Pulut kuning
  22. Bahan A: rendaman pulut
  23. 1 kgpulut (dibilas)
  24. 1sudu besar serbuk kunyit
  25. 1sudu besar air kapur
  26. 3 kepingasam gelugor
  27. Bahan B: arong santan
  28. 2 kotaksantan Ayam Brand (200ml x 2 kotak)
  29. 1/2 kotaksantan air
  30. 3sudu besar gula
  31. 3sudu besar minyak masak
  32. 1 sudu tehgaram
  33. 4 helaidaun pandan (untuk aroma kukusan)

Cara Memasak

  1. 1

    ✅kerutuk daging:
    Tumis bahan kisar bersama bahan tumis yang lain bersama sedikit garam. Tambahkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

    Kemudian masukkan gula dan nise. Biar gula caramelised menjadikan pes berkilat dan lebih gelap warnanya.

  2. 2

    Masukkan daging dan air asam jawa. Tumis sekejap sehingga pes tersalut pada daging lebih kurang 10 minit.

  3. 3

    Masukkan santan dan air jika perlu. Masak sehingga daging lembut dan kuah sedikit pekat.

    Kemudian masukkan kerisik dan potongan bawang. Masak lagi sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Uchu guna pressure cooker, HP 15 minit. Kemudian release pressure, tukar mode stir fry, tambah kerisik dan bawang potong, masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.

  5. 5

    ✅Pulut kuning:
    Rendam pulut bersama bahan A semalaman atau 4-6 jam.

  6. 6

    Masukkan daun pandan ke dalam air kukusan juga ke atas pulut jika suka.

    Kukus pulut yang telah direndam semalaman itu selama 20 minit.

  7. 7

    Sediakan bancuhan santan seperti bahan B.

    Selepas 20 minit, keluarkan pulut ke dalam besen yang luas dasarnya.

  8. 8

    Siram bancuhan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut yang masih panas. Gaul rata.

    Tips: arong santan bersama pulut dalam 3 batches. Jangan tuang sekaligus supaya santan rata resap elok pada pulut.

  9. 9

    Kembalikan pulut ke dalam pengukus, kemudian kukus semula selama 20 minit lagi.

    Tips: buat lubang ditengah pulut dalam loyang pengukus atau beberapa lubang supaya wap naik elok.

  10. 10

    Pulut kuning sedia dimakan bersama kerutuk daging.

  11. 11

    Pulut Kuning Pressure Cooker & Kerutuk Ayam :

  12. 12

    Pulut Kuning & Opor Daging Pahang:

  13. 13

    Pulut Kuning Kukus Arong Santan:

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (3)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Sedapnya,lama tak masak kerutuk daging 😋🤩

Resipi Sepertinya