Japanese Soft Bread

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Negara Bendera Tiada Kuning/Emas

Dah lama peram skill meroti Sejak tak lagi hantar stok untuk stesen petronas.Kalau dulu siang malam meroti je kerjanya.Sweet bun atau roti manis yang menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat.Salah satunya adalah japanese soft bread/milk bread
(Roti Susu Jepun) yang lembut dan sangat gebu. Ia juga sangat mudah untuk dibuat di rumah.
Untuk dapatkan hasil roti yang premium boleh guna "Japanese high protien Flour"(Tepung roti jepun).
Teknik penghasilan japanese soft bread ini asalnya tanpa pelembut komersial seperti crneam super,k-fine dan dll.Ia hanya menggnakan pelembut yang dibuat sendiri dengan tepung high protien yang dipanggil Tangzhong/Water Roux.

Tangzhong ialah roux yang dibuat dengan air (dan kadangkala susu) dan tepung. Ia dimasak untuk membuat pes seperti puding yang tebal, dan kemudian disejukkan ke suhu bilik dan ditambah ke dalam adunan tepung semasa menguli doh. Ia juga dipanggil water roux kerana ia dibuat secara tradisional dengan air. Kanji digelatinkan pada suhu tinggi dengan menyerap cecair, TANPA membentuk sebarang gluten dalam strukturnya. Molekul kanji dalam tangzhong menyerap lebih banyak cecair daripada pada suhu bilik. Apabila ini ditambahkan pada doh roti, tangzhong menambahkan LEBIH BANYAK air pada doh, dan matriks lembut yang stabil yang menghasilkan tekstur span seperti kusyen dalam produk akhir yang dibakar.
Jom kita tengok resepi Japanese soft bread.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Tangzhong :
  2. 40 gramTepung high protien
  3. 200 mlair
  4. Doh Roti :
  5. 300 gramTepung high protien
  6. 30 gramgula kaster
  7. 1/2 sudu tehgaram halus
  8. 1 sudu tehyeast
  9. 20 gramsusu tepung full cream
  10. 1biji telur
  11. 100 gramtangzhong
  12. 50 grammentega
  13. 200 mlsusu segar/air

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk Tangzhong, campurkan 40g tepung roti dengan 200g air dalam kuali.Guna api sederhana kacau sehingga adunan menjadi pekat.
    Sejukkan selama 6 jam dalam peti ais.

  2. 2

    1.Tuang susu segar dalam bowl bread maker,Kemudian telur,
    2.Masukkan Tepung high protien,yeast,susu tepung,gula,garam
    Tekan button mode uli.Bila doh dah sebati masukan tangzhong.Akhir sekali masukkan mentega Uli sehingga elastik.Saya guna bread maker cosway saya uli 3x untuk dapatkan ulian yang elastik.(ikut bread maker masing2).
    Jika guna mixer heavy duty doh lagi cepat elastik.

  3. 3

    Sapukan sedikit minyak dalam mangkuk letak doh dan tutup dengan plastik wrap.Biar doh mengembang sehingga 3x ganda dari bentuk asal.Buang angin dan uli seketika doh,bahagikan kepada 8 bahagian(boleh juga ditimbang ikut berat yang dikehendaki.

  4. 4

    Bulat-bulatkan doh(rounding)susun dalam loyang pilihan yang sudah disapu dengan sedikit marjerin.Tutup loyang dengan plastik wrap biar doh mengembang.

  5. 5

    Satukan kuning telur dengan susu segar dan madu.Sapu atas permukaan roti sebelom dibakar.

  6. 6

    Bakar dalam oven suhu 150°c selama 25-30 minit /sehingga masak api atas bawah.(ikut suhu oven masing2 ya)
    Saya bakar sedikit garing ya permukaannya mungkin kerana oven dah terlalu lama berehat jadi kepanasan agak tinggi.Tapi bukan hangus ya🤭😉

  7. 7

    Hasilnya😍😋👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya