Sambal Bawal Geragau

BabahKukiss
BabahKukiss @BabahKukiss
USJ14, SUBANG JAYA

Cadangnya nak buat sambal nasi lemak, tapi nampak ada Bawal dlm peti ais maka terhasillah Sambal Bawal Geragau ni..

Sambal Bawal Geragau

Cadangnya nak buat sambal nasi lemak, tapi nampak ada Bawal dlm peti ais maka terhasillah Sambal Bawal Geragau ni..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4 orang
  1. 6ketul ikan Bawal saiz sederhana
  2. Bawang Merah 6 ketul
  3. Bawang Putih 3 ketul
  4. Chili Boh Cap Puteri (ikutlah klau nk pedas letak lah 3 baldi)
  5. Sesudu Udang Geragau / Udang Kering Halus Giler
  6. 60 mlair Assam Java (confident jek 60ml - kurang lebihlah)
  7. Sesudu gula Melaka atau gula merah atau gula biasa pn boleh jek
  8. Garam sesedap tekak
  9. Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Goreng dulu ikan Bawal tadik. Xperlu lama2 agak2 dh ckup masak, boleh angkat kasi letak tepi dulu. Jgn smpai terbuang pulak. Letak jek tepi dulu elok2.

  2. 2

    Tumbuk/giling (traditional sangat la pulak. Ok ok.. Kisar halus semua bawang2 dgan masukkan sekali Udang Geragau guna blender. Pastikan guna bekas yg betul, jgn guna bekas blender air tembikai pulak.

  3. 3

    Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi smpai nampak garing masukkan chili Boh sesedap tekak Korg Dan teruskan menumis smpai pecah minyak. Sebenarnya Aku sndiri xtau apa makna pecah minyak ni. Cuma Aku taulah tgok bila masanya semua tu dah cantik ditumis.

  4. 4

    Curahkan air Assam tadi. Masukkan juga gula Melaka atau apa saja gula yg Korg Ada. Kacau kacau.. pastu campakkan garam.. pastu kacau balik.

  5. 5

    Last sekali Korg carik balik mana Korg letak Bawal yg Aku suruh letak tepi tadi. Klau dah jmpa masukkan dalam sambal korang.. kacau kacau ckit lebih kurang boleh lah diangkat Dan dihidangkan.. jgn kacau lama sangat.. membazir gas nanti..

  6. 6

    Ok sekian sahaja perkongsian peetama Aku kat CookPad ni.. Selamat mencuba.. sedap wo.. yg buat lagi jadi sedap tu Udang Geragau tu lah.. sambal korang akan rasa seolah2 seperti Ada Saka penyedap.. smpai boleh terbawak2 ke dalam mimpi klau xkena gaya.. ok.. sekian.. betul2 punya sekian.. wassalamualaikum... Chiow...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
BabahKukiss
BabahKukiss @BabahKukiss
pada
USJ14, SUBANG JAYA
When I failed to convince you.. then I'll make u confuse....
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya