Donut gebus

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Asalnya nak buat donut red velvet tapi malangnya red velvet paste takde plk..tapi tekak teringin sangat nak makan donut,lagi pun dah lama tak menguli tepung eehhh tiiiba rindu nak buat semua tu😁
Cek ape bahan yang ade & kita buat je cara kita bahan kita resepi kita...alhamdulillah gebu sangat² ☺️

Donut gebus

Asalnya nak buat donut red velvet tapi malangnya red velvet paste takde plk..tapi tekak teringin sangat nak makan donut,lagi pun dah lama tak menguli tepung eehhh tiiiba rindu nak buat semua tu😁
Cek ape bahan yang ade & kita buat je cara kita bahan kita resepi kita...alhamdulillah gebu sangat² ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 cawantepung gandum
  2. 1 bijitelur
  3. 1 sudu besarYis
  4. 1 sudu besargula
  5. 2 sudu besarsusu pekat manis
  6. 3 sudu besarplanta
  7. 1 cawanair sejuk dari peti ais

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan tepung,gula,susu pekat,Yis & telur ke dalam mixer

  2. 2

    Masukkan separuh dari air kedalam mixer & putar pada kelajuan sederhana

  3. 3

    Sambil putar & tambahkan air sedikit demi sedikit

  4. 4

    Adun tepung tadi selama 15 minit

  5. 5

    Kemudian masukkan planta/marjerin kedalam adunan

  6. 6

    Putar lagi adunan selama 15 minit @ sehingga doh menjadi licin

  7. 7

    Dah nampak doh elastik stop mixer
    Keluarkan adunan,rehatkan doh selama 30 minit

  8. 8

    Cukup 30 minit buangkan angin & boleh rounding doh.

  9. 9

    Kalau doh agak lembik masa nak rounding tu..boleh tambah sedikit tepung & uli perlahan guna tangan je

  10. 10

    Timbang doh 35g setiap biji maka dapat la dalam 22 biji

  11. 11

    Lepas dah siap rounding semua doh,
    Tekan semua doh tadi dengan penekan donut supaya donat menjadi leper

  12. 12

    Buat lubang ditengah donut tadi dengan menggunakan nozzle

  13. 13

    Kemudian rehatkan doh kembali selama 20-25 minit

  14. 14

    Dah cukup masa, boleh la digoreng donut tadi dengan api sederhana

  15. 15

    Kemudian golekkan donut yg dah digoreng dengan gula halus..siap😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Resipi Sepertinya