Roti benggali ori #Umie

Sedapnya roti benggali. Roti benggali yang lembut, ringan, gebu, rasa yang agak tawar, warnanya putih dan warnanya yang sedikit perang di bahagian atas; disediakan biasanya secara manual sahaja atau diuli dengan mesin besar secara traditional. Kelembutannya terhasil kerana proses menguli yang lebih lama berbanding roti manis. Bahannya juga simple tanpa telur dan sedikit sahaja garam dan gula.
Roti benggali ori #Umie
Sedapnya roti benggali. Roti benggali yang lembut, ringan, gebu, rasa yang agak tawar, warnanya putih dan warnanya yang sedikit perang di bahagian atas; disediakan biasanya secara manual sahaja atau diuli dengan mesin besar secara traditional. Kelembutannya terhasil kerana proses menguli yang lebih lama berbanding roti manis. Bahannya juga simple tanpa telur dan sedikit sahaja garam dan gula.
Cara Memasak
- 1
Masukkan tepung roti ke dalam bekas, diikuti dengan gula, garam, serbuk penaik, bread improver, pelembut roti, dan 1 sudu shortening. Buatkan lubang masukkan yeast kering. Gaul rata.
- 2
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh kelihatan bersatu tetapi sedikit melekit. Sapukan lebihan shortening, teruskan menguli kira-kira 20 minit sehingga lembut. Rehatkan adunan selama 1 jam.
- 3
Sapu tangan dengan minyak butter. Oleskan doh dengan butter, uli kali kedua sebentar dan bahagikan kepada dua bahagian mengikut saiz loyang. Bahagikan kepada 2 dan 3 doh kecil dan bulatkan. Oles keliling doh dengan butter. Masukkan ke dalam loyang dan rehatkan selama 1 jam sebelum dibakar.
- 4
Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit, atau sehingga berwarna perang. Angkat dan rehatkan di atas rak yang sesuai untuk mengelak kelembapan di bahagian bawah roti. Sapu sedikit madu untuk mendapatkan bahagian atas roti yang berkilat dan menarik.
Resipi Sepertinya
-
Roti benggali fluffy Mommy Roti benggali fluffy Mommy
Roti yang lembut memerlukan bahan yang berkualiti. Jika menggunakan tepung gandum hasilnya tidak akan memuaskan kerana roti menjadi agak padat dan berat berbanding menggunakan tepung high protein dan japanese flour yang lembut teksturnya apabila ditekan. Dr. Zie Azizah -
👩🍳Roti Reben🎀 👩🍳Roti Reben🎀
Roti simple yang hanya memerlukan bahan2 asas untuk membuat roti.Oleh kerana bentuknya yang cantik, kanak2 pasti menggemarinya🎀Jika ada Breadmaker atau Stand Mixer, proses membuat roti akan menjadi sangat mudah kerana tugas menguli boleh diserahkan sahaja kepada mesin ( jika tidak lenguhlah juga tangan nak menguli secara manual😅)Roti reben enak dimakan selepas keluar dari oven. Boleh menghayati nikmat roti yang sebenarnya🤗. Jom meroti di hari minggu.Inspirasi resipi umikitchen🌹 Mahadiah -
Roti jagung pluffy #Umie Roti jagung pluffy #Umie
Untuk menghasilkan roti yang gebu gebas bukan saja ditentukan oleh kualiti tepung tapi juga kuantiti kesemua bahan lain yang digunakan perlu tepat. Semasa membakar roti turunkan sebanyak 10°C daripada kebiasaan supaya bahagian atas roti tidak terlalu garing yang menyebabkan roti mudah keras pada hari kedua. Sebelum membakar roti, pastikan direhatkan secukupnya selama 1 jam 30 minit lebih kurang. Dr. Zie Azizah -
Roti Benggali Roti Benggali
Sejarah roti Benggali bermula daripada Ismaliyah Bakery yang diasaskan pada tahun 1928 oleh seorang Tamil Muslim bernama Sheikh Mohd Ismail. Beliau memulakan perniagaan ini di Jalan Transfer, P.Pinang. Dikatakan Sheikh Mohd Ismail memulakan industri ini dengan beberapa orang sahabatnya. Beliau menamakan roti ini sebagai roti panggali yang berubah menjadi roti Benggali.👉 Roti benggali yang original rasanya sedikit tawar. Tapi untuk resepi ni saya tambahkan sedikit gula untuk dapatkan rasa manis. Boleh juga dipanggil sweet bun. Tapi kerana bentuk dan resepi asalnya adalah roti benggali... Sy bubuh tajuk resepi ni sebagai "roti benggali"👉Untuk resepi roti benggali ini, saya olahkan sedikit bahan-bahannya berpandukan resepi yang pernah saya belajar... Saya memang suka pergi mana-mana kelas hand-on, kursus pendek dan kelas demo masakan.👉Seperti biasa saya akan menggunakan bread maker untuk menguli, memerap & membakar. pakej 3in1. Memudahkan kerja didapur.Okey jom tengok resepi dan cara membuat roti benggali 🎉🎉 Noor Atika Mahamood -
Roti pandan #Umie Roti pandan #Umie
Baru saja siap menyediakan kuih talam pandan, lebihan jus pandan boleh digunakan lagi untuk resipi roti pandan. Asyik tertangguh untuk mencuba. Roti biasanya berbau gandum dan kurang menyenangkan. Namun roti pandan mampu menyingkirkan bau tersebut. Dr. Zie Azizah -
Loaf jagung nestum #Umie Loaf jagung nestum #Umie
Kali ini saya sediakan roti bantal yang boleh dinikmati pada bila-bila masa; sesuai dimakan begitu saja atau dipadankan dengan sardin, mentega kacang, dan jem. Berikanlah keutamaan kepada apa sahaja hidangan yang disediakan di rumah kerana ianya lebih baik, bersih dan halal. Dr. Zie Azizah -
Roti Benggali Roti Benggali
Roti ni diuli menggunakan breadmaker. Sangat mudah penyediaannya. Saedatun Ghazali -
-
Roti Manis Gebu Buah Naga Roti Manis Gebu Buah Naga
🍽618🍽👩🍳53/2023👩🍳Masak Apa Cuti Sekolah?Roti manis @ sweet bun buah naga untuk anak2 dimusim cuti sekolah.Ibu2 buatkan sendiri roti dari dapur lebih puas anak2 makan.Lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya untuk anak2.Resepi roti sihat dari puri buah naga.Resepi Asal adalah dari sahabat nun jauh diseberang iaitu @noviiiana .https://cookpad.wasmer.app/my/r/16762006Cumanya ummi gandakan bahan sebab ummi buatkan untuk anak manja ummi Rizqi dan kaka2 sepupunya yang kebetulan datang kerumah sempena cuti sekolah.Paling sibuklah hero ummi ni membantu umminya siapkan roti ni.Tak boleh nak cakap apa dah..Kalau umminya memasak dia pasti nak tolong juga.Alhamdulillah..Semoga rajin menolong ummi sampailah adik besar yea.Jom tengok resepi roti manis gebu buah naga ni.Silakan mencuba yea dan jangan lupa kongsikan hasilnya nanti.👍😍Penyediaan : 3 jamMasak : 25 minit (bakar)#Teambaking#ChooseToCook#ResepiCutiSekolah Q'leenalee's Kitchen -
Roti Perancis Roti Perancis
Inilah roti favourite saya...., boleh digandingkan dengan apa jua, seperti air teh dan kopi panas ,sambal tumis, lauk kari dan sebagainya..roti ini juga boleh dimakan begitu saja panas-panas tanpa apa-apa gandingan.......cuba ye!#goldenapron2020#cookpad.com Zahrah Buang -
Roti manis fluffy Mommy Roti manis fluffy Mommy
Oleh kerana banyak kali mencuba resipi roti yang tidak mencapai 100 persen perfect seperti kedai roti, akhirnya Mommy tunjukkan cara dan resipi yang betul. Tidak akan kecewa lagi. Dikongsikan di sini sebagai sedekah ilmu. Dr. Zie Azizah -
Puding Roti Karamel Puding Roti Karamel
Puding Roti Karamel rasa nya seakan Puding Karamel cuma yg membezakan tekstur nye sedikit pejal berbanding Puding Karamel& xmemerlukan telur yg banyak utk proses pembuatannya.Sesuai dihidangkan sejuk#goldenapron2020 Dapo Kak Es🍴
Lebih Banyak Resipi
Komen