Kuah/Sambal Rojak

Kuah rojak di tempat saya dipanggil sambal rojak. Terdapat pelbagai jenis rojak dan kuah yang berbeza. Kalau rojak buah dan rojak kangkung ada persamaan kuah rojak nya. Saya pernah makan rojak buah sewaktu saya di Langkawi dan di Pulau Pinang. Kuah nya cair kalau dibandingkan dengan kuah rojak buah di tempat saya iaitu di Kuching. Kalau dari segi rasa, memang sama.
Oleh kerana suami saya ni memang suka makan rojak buah dia sering membeli kuah rojak yang sudah siap cuma perlu digaulkan sahaja dengan buah-buahan. Kuah nya memang pekat likat, hitam, apabila dicampur dengan buah-buahan kuah nya akan melekat pada hirisan buah-buahan (bukan berair). Saya belajar membuat kuah rojak ni daripada adik ipar saya tetapi kuah yang dibuat nya tak seperti yang selalu kami beli, jadi suami saya kata kepada saya dia nak kuah yang betul-betul pekat. Kalau kuah nya sedikit cair apabila digaul bersama buah-buahan akan bertambah cair kerana buah-buahan akan jadi berair nanti. Saya pernah cuba guna tepung jagung (resipi asal) tetapi kuah nya jika disimpan akan menjadi berair. Saya tukar penggunaan tepung nya menggantikan tepung sagu.
Resipi ini tidak menggunakan sambal petis udang, kicap manis dan sos tomato atau sos cili seperti resipi yang lain kerana penggunaan sos sahaja sudah ada bahan pemekat dan gula yang terkandung di dalam sos tersebut. Resipi ini boleh dapat seperiuk besar ye, saya buat lebih sebab boleh bahagi kepada ahli keluarga saya.
Kuah/Sambal Rojak
Kuah rojak di tempat saya dipanggil sambal rojak. Terdapat pelbagai jenis rojak dan kuah yang berbeza. Kalau rojak buah dan rojak kangkung ada persamaan kuah rojak nya. Saya pernah makan rojak buah sewaktu saya di Langkawi dan di Pulau Pinang. Kuah nya cair kalau dibandingkan dengan kuah rojak buah di tempat saya iaitu di Kuching. Kalau dari segi rasa, memang sama.
Oleh kerana suami saya ni memang suka makan rojak buah dia sering membeli kuah rojak yang sudah siap cuma perlu digaulkan sahaja dengan buah-buahan. Kuah nya memang pekat likat, hitam, apabila dicampur dengan buah-buahan kuah nya akan melekat pada hirisan buah-buahan (bukan berair). Saya belajar membuat kuah rojak ni daripada adik ipar saya tetapi kuah yang dibuat nya tak seperti yang selalu kami beli, jadi suami saya kata kepada saya dia nak kuah yang betul-betul pekat. Kalau kuah nya sedikit cair apabila digaul bersama buah-buahan akan bertambah cair kerana buah-buahan akan jadi berair nanti. Saya pernah cuba guna tepung jagung (resipi asal) tetapi kuah nya jika disimpan akan menjadi berair. Saya tukar penggunaan tepung nya menggantikan tepung sagu.
Resipi ini tidak menggunakan sambal petis udang, kicap manis dan sos tomato atau sos cili seperti resipi yang lain kerana penggunaan sos sahaja sudah ada bahan pemekat dan gula yang terkandung di dalam sos tersebut. Resipi ini boleh dapat seperiuk besar ye, saya buat lebih sebab boleh bahagi kepada ahli keluarga saya.
Cara Memasak
- 1
Sediakan semua bahan. Kisar halus bawang merah, cili kering, belacan dan 1 cawan air. Tapiskan ke dalam
periuk. - 2
Masukkan 1 1/2 cawan air, kicap pekat masin, gula apong ke dalam periuk.
- 3
Masukkan juga gula halus, jus asam jawa, kacau rata. Masak hingga mendidih dan cukup rasa nya (adjust kalau perlu). Jumlah gula mengikut tahap kemasinan belacan dan kicap yang digunakan. Campurkan tepung sagu bersama baki air dan gaul rata.
- 4
Tuangkan bancuhan tepung sagu ke dalam periuk dan kecilkan api sambil dikacau hingga sebati dan pekat. Tutupkan api dan kacau lagi seketika. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas. Ianya akan menjadi lebih pekat apabila sejuk. Jika nak campur bijan juga boleh tetapi saya tak nak bijan tu jadi lemau jika dicampur awal. Saya lebih suka mencampurkan bijan dan kacang tumbuk di saat hendak menghidangkan nya bersama bahan rojak yang lain.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuah Rojak Kuah Rojak
Inspirasi Aidiladha 🐐🐂🐪Persediaan awal untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, saya buat kuah rojak sebagai hidangan sampingan buat keluarga kami berkumpul di rumah mak. Buat dalam kuantiti yang banyak kerana adik beradik saya seramai 8 orang, belum lagi termasuk anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit.Kali ni saya buat kuah rojak tak bubuh bawang macam yang sebelum nya. Saya juga menggunakan serbuk udang homemade untuk menambah lagi rasa udang nya. Saya sengaja tak letak bijan dan kacang tanah tumbuk di dalam kuah rojak tu sebab tak nak nanti lama-lama bijan dan kacang tu akan jadi lembek/kembang. Sewaktu nak makan jer baru tabur bijan dan kacang tanah tumbuk. Kuah rojak ni boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan lebih 2-3 bulan. Boleh bahagikan kepada adik beradik sebekas seorang untuk dibawa pulang. Cuma tinggal nak beli buah-buahan jer lah kalau nak menghidangkan nya untuk dimakan. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Rojak Sambal Rojak
Meal / Food Prep & Hack [#Misi3 CookRace]Kegemaran suami saya. Kegemaran saya juga 🤗Wajib ada bekalan ketika di bulan ramadan kerana selera di bulan ramadan kami lebih kepada makan buah-buahan. Dapur Yusfarisyia -
Colek Sengkuang Colek Sengkuang
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanSuka sangat makan sengkuang sebab rasa rangup, manis-manis manja, berair apabila digigit, apatah lagi kalau yang sejuk daripada peti sejuk. Menikmati colek sengkuang sambil bersantai berehat di luar rumah, berborak dengan suami, memerhati alam semulajadi (burung-burung berebut makan lebihan nasi yang suami saya sedekahkan kepada burung-burung atau ayam-ayam jiran yang datang ke kawasan rumah kami) memang layan sangat. Sambil-sambil tu merenung pokok kuini yang sedang berbunga, mudah-mudahan buah nya menjadi dengan lebat nya pada tahun ini boleh buat colek kuini pulak. 🤗#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang tanah (2) + sengkuang (3) + tepung ubi (1) Dapur Yusfarisyia -
Petis Kuah Sambal Rojak / Sotong Kangkung / Cucur Udang Sarawak Petis Kuah Sambal Rojak / Sotong Kangkung / Cucur Udang Sarawak
Dah banyak hari R&D. Selagi tak hampir sampai dengan kedai rojak fav MinSha di Miri Sarawak yang bernama “ Yummy” (yer memang dengan confidentnya letak nama kedai dia YUMMY kan! Tapi memang SUPER yummy pun! 😂), selagi tu la MinSha tak puas hati.AKHIRNYA! Dah hampir2 dah tu. Sampai memang belum la kan. Tapi lepas la kalau kawan2 especially yang ada di semenanjung tu nak open order 😂😂😂.Dulu masa MinSha kerja semenanjung, memang kuah ni la yang MinSha dok pesan semua org tolong belikan kalau ada sesiapa balik Miri Sarawak 😅. Bukan murah k. 1 container kecik rm30!Alhamdulillah sekarang tak perlu beli dah~~ Jom masak 💪🏻💪🏻💪🏻 MinSha -
Kuah Rojak Kuah Rojak
#cookpadworlddessertKalau pergi ke Pulau Pinang, pasti singgah di perhentian untuk mencari kuah rojak. Bila beli sebekas rasa seperti tidak cukup. Nak beli 2 bekas, terasa mahal pula.Apa yang susah? Buat sajalah sendiri. Bukan susah pun. Malah boleh diberi kepada jiran tetangga lagi.Kuah rojak ini bukan sahaja boleh dimakan bersama buah-buahan tetapi boleh dijadikan sebagai sos sotong kangkung seperti yang di jual di pasar malam tu. selain tu juga boleh dijadikan sebagai sos tauhu/tofu bakar. Fuhhhhh asyiknya.Ada sesetangah orang suka menggunakan petis untuk menggantikan belacan. Tetapi saya tidak pandai menikmati keenakan petis. Jadi saya gunakan saja belacan. Sedapnya bukan kepalang. Jika sukakan kepedasan tahap maksima, tambahkan lagi sukatan serbuk cili. Baru puas makan rojak hingga basah kepala. 😂Kepada kawan-kawan yang ingin buat majlis keramaian, cubalah hidangkan rojak buah sebagai pencuci mulut. Mesti terlajak licin mangkuk hidangan tu. Simple dan sedap. Gyna Elenna -
Kuah Rojak Kuah Rojak
Sedap dicicah dengan buah - buahan seperti timun,sengkuang,mangga muda ataupun boleh juga dibuat rojak buah.#goldenapron2020 Muniroh Annuar -
Kuah Rojak Kuah Rojak
122/2022/RoadtoWorldRecipes/1240Kuah rojak ni hakak buat untuk rojak buffet masa bulan Mei yang lalu. Sebelum ni guna resipi sendiri. Cuma kali ni, cuba pula resipi daripada Cookpader Cantik @Gynainspring83 ni 🥰. Ternyata memang sedap kuah rojaknya. Alhamdulillah tetamu yang datang pun suka ❤️. Kuah rojak ni hakak hidangkan dengan sengkuang, nanas dan jambu batu. Selain kuah rojak hakak turut sediakan serbuk asam masin 😬.Tapi macam biasalah dah nama pun gambar majlis memang tiada yang helok sepertimana yang disnap di rumah 😅😂🤣 Salina Jalaludin -
Rojak Buah Rojak Buah
#goldenapron Kuah Rojak yang mudah, ringkas & sedap dimakan bersama-sama pelbagai jenis buah-buahan #potluckmemories Epit Orange -
Rojak Buah Sentul Rojak Buah Sentul
Sebut saja rojak buah sentul atau setoi ramai rakan2 dari negeri lain mungkin rasa agak pelik dan unik...tapi bagi kami orang Terengganu ianya sudah manjadi kebiasaan bila tiba musim buah sentul rata2 akan menjelma rojak buah sentul ini...uniknya rojak ini dimasak bersama isi ikan dan gandingan padu dia kerepok keping ikan yang dijadi hidangan sampingan dicicah besama kuah rojak atau dicolek...kawan2 mesti cuba ya memang sedap teksturnya masam dan manis serta sedikit pedas2 manja.🥰😋👍👍Menu Terengganu menjadi pilihan selera akk walaupun akk geng 03...sebab membesar dan semua keluarga di Terengganu.❤️Orang Ganu suka makang ikang sokmo😘#merdekapassport 🇲🇾❤️ 1/16 Aza Aaj -
Kuah Rojak Kuah Rojak
Dah lama tak buat...hari ni kita buatkan juga..senang sikit,bila teringin boleh makan rojak buah..bila-bila masa jer boleh buat...senang kan?☺️ Muniroh Annuar -
Mi Goreng Kari Mi Goreng Kari
Hari ni hujan lebat lagi dari semalam tak henti-henti. Banyak kawasan dinaiki air dan banyak juga kawasan yang ditenggelami air. Atap rumah saya bocor lagi, memang memenatkan apabila atap rumah bocor. Apa-apa pun saya masih lagi bersyukur kerana masih ada lagi rumah yang teruk disebabkan hujan dan banjir. Jalan raya hampir kesemua arah dinaiki air hingga tak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. Anak dara dan suami tak dapat turun menunaikan tugas kebiasaan mereka setiap hari. Terpaksa duduk di rumah. Nak pesan barang keperluan memasak pun takde yang dapat menghantar nya kerana laluan tidak dapat dilalui. Jadi hari ni saya masak apa yang ada je di dalam peti sejuk dan di dapur sementara menunggu banjir reda dan hujan berhenti. Dapur Yusfarisyia -
Kuah Rojak #pinkboxcereal #kicapdancili Kuah Rojak #pinkboxcereal #kicapdancili
Assalammualaikum ❤️Hari ini sudah 4 Syawal 1440H ya. Masih lagi menjamah lemang, ketupat, rendang dan kuih raya ke? 🙊 CN pula dah makan rojak buah. Teringin sangat. Masa Raya pertama, CN ke kubur Bapak di Klang. Sempat singgah membeli buah jambu madu ini di R&R Tapah semasa dalam perjalanan pulang.Jadi hari ini CN nak merasmikannya. Hahaha. Untuk kuah rojak ni, CN dapat resipi di Google dan olah sendiri. Alhamdulilah menjadi. Jemput cuba ya kawan-kawan semua.Selamat menjamu selera. ♥️#pinkboxcereal#kicapdancili#cook4shafvol2Nota:1. Boleh kurangkan atau lebihkan kuantiti kicap dan sos cili mengikut kepekatan yang anda sukai.2. Jika tak tahan pedas, boleh kurangkan cili padi ya.3. Boleh pelbagaikan buah-buahan lain seperti nanas, jambu batu, sengkuang dan sebagainya mengikut citarasa anda.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi
Komen