Kuah Rojak

Inspirasi Aidiladha 🐐🐂🐪
Persediaan awal untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, saya buat kuah rojak sebagai hidangan sampingan buat keluarga kami berkumpul di rumah mak. Buat dalam kuantiti yang banyak kerana adik beradik saya seramai 8 orang, belum lagi termasuk anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit.
Kali ni saya buat kuah rojak tak bubuh bawang macam yang sebelum nya. Saya juga menggunakan serbuk udang homemade untuk menambah lagi rasa udang nya. Saya sengaja tak letak bijan dan kacang tanah tumbuk di dalam kuah rojak tu sebab tak nak nanti lama-lama bijan dan kacang tu akan jadi lembek/kembang. Sewaktu nak makan jer baru tabur bijan dan kacang tanah tumbuk. Kuah rojak ni boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan lebih 2-3 bulan. Boleh bahagikan kepada adik beradik sebekas seorang untuk dibawa pulang. Cuma tinggal nak beli buah-buahan jer lah kalau nak menghidangkan nya untuk dimakan.
Kuah Rojak
Inspirasi Aidiladha 🐐🐂🐪
Persediaan awal untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, saya buat kuah rojak sebagai hidangan sampingan buat keluarga kami berkumpul di rumah mak. Buat dalam kuantiti yang banyak kerana adik beradik saya seramai 8 orang, belum lagi termasuk anak-anak dan cucu-cucu serta cicit-cicit.
Kali ni saya buat kuah rojak tak bubuh bawang macam yang sebelum nya. Saya juga menggunakan serbuk udang homemade untuk menambah lagi rasa udang nya. Saya sengaja tak letak bijan dan kacang tanah tumbuk di dalam kuah rojak tu sebab tak nak nanti lama-lama bijan dan kacang tu akan jadi lembek/kembang. Sewaktu nak makan jer baru tabur bijan dan kacang tanah tumbuk. Kuah rojak ni boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan lebih 2-3 bulan. Boleh bahagikan kepada adik beradik sebekas seorang untuk dibawa pulang. Cuma tinggal nak beli buah-buahan jer lah kalau nak menghidangkan nya untuk dimakan.
Cara Memasak
- 1
Cili kering dipotong serong, basuh buang biji dan rebus. Belacan dibakar, kemudian kisar bersama cili kering dan air hingga halus. Tapiskan, bilas pengisar dengan lebihan air dan tapis lagi. Masukkan gula melaka dan masak.
- 2
Kacau selalu supaya gula melaka mencair. Masukkan kicap ekstra pedas manis mashuri, kicap pekat masin tong nam, gaul sebati.
- 3
Masukkan juga madu, jus asam jawa (tapiskan) dan serbuk udang. Kacau rata dan adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 4
Masak hingga mendidih. Kacau tepung sagu dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk, kecilkan api dan gaul rata.
- 5
Kuah akan menjadi pekat dan berkilat. Kacau lagi beberapa ketika hingga mendapat kepekatan yang diingini. Tutupkan api dan sejukkan kuah rojak, sekali-sekala kacau lagi kuah nya. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan cuma kacau-kacaukan dan cedok kuantiti yang kita mahu. Gaul dengan buah-buahan rojak. Nak calitkan pada timun dan sengkuang pun boleh. Nak gaul dengan rojak sotong kangkung pun boleh.
Resipi Pautan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuah/Sambal Rojak Kuah/Sambal Rojak
Kuah rojak di tempat saya dipanggil sambal rojak. Terdapat pelbagai jenis rojak dan kuah yang berbeza. Kalau rojak buah dan rojak kangkung ada persamaan kuah rojak nya. Saya pernah makan rojak buah sewaktu saya di Langkawi dan di Pulau Pinang. Kuah nya cair kalau dibandingkan dengan kuah rojak buah di tempat saya iaitu di Kuching. Kalau dari segi rasa, memang sama.Oleh kerana suami saya ni memang suka makan rojak buah dia sering membeli kuah rojak yang sudah siap cuma perlu digaulkan sahaja dengan buah-buahan. Kuah nya memang pekat likat, hitam, apabila dicampur dengan buah-buahan kuah nya akan melekat pada hirisan buah-buahan (bukan berair). Saya belajar membuat kuah rojak ni daripada adik ipar saya tetapi kuah yang dibuat nya tak seperti yang selalu kami beli, jadi suami saya kata kepada saya dia nak kuah yang betul-betul pekat. Kalau kuah nya sedikit cair apabila digaul bersama buah-buahan akan bertambah cair kerana buah-buahan akan jadi berair nanti. Saya pernah cuba guna tepung jagung (resipi asal) tetapi kuah nya jika disimpan akan menjadi berair. Saya tukar penggunaan tepung nya menggantikan tepung sagu.Resipi ini tidak menggunakan sambal petis udang, kicap manis dan sos tomato atau sos cili seperti resipi yang lain kerana penggunaan sos sahaja sudah ada bahan pemekat dan gula yang terkandung di dalam sos tersebut. Resipi ini boleh dapat seperiuk besar ye, saya buat lebih sebab boleh bahagi kepada ahli keluarga saya. Dapur Yusfarisyia -
Kuah Rojak Cik Rose #phopbylinimohd #batch18 Kuah Rojak Cik Rose #phopbylinimohd #batch18
#goldenapron Belajar buat kuah rojak ni dari ibu tersayang. Masak banyak-banyak. Masukkan dalam bekas kecil. Sedekahkan kepada adik dan kawan-kawan. Nak lebih sedap, boleh tambah kacang tanah dan bijan yang disangai. Rose Nani Nizah Nayan -
Sotong Katak Masak Kicap Potluck Sotong Katak Masak Kicap Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckSelalu nya kalau buat portluck memang kat rumah mak jer sebab saya ni surirumah sepenuh masa mana ada buat portluck kat tempat kerja. Bincang dengan adik beradik, tetapkan hari dan waktu dan jika kita orang dah ada kata sepakat nak masak apa, kira on jer. Selalu nya kita orang akan tanya selera mak. Sebab mak dah mula nyanyuk, kesian mak. Kakak sulung dan adik lelaki lebih tahu selera mak sebab mereka duduk sama dengan mak. Sotong dan udang memang favourite mak dari dulu. Saya sengaja tak buat pedas sebab mak dah tahan pedas.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Sotong (3) + tepung jagung (1) Dapur Yusfarisyia -
Colek Sengkuang Colek Sengkuang
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanSuka sangat makan sengkuang sebab rasa rangup, manis-manis manja, berair apabila digigit, apatah lagi kalau yang sejuk daripada peti sejuk. Menikmati colek sengkuang sambil bersantai berehat di luar rumah, berborak dengan suami, memerhati alam semulajadi (burung-burung berebut makan lebihan nasi yang suami saya sedekahkan kepada burung-burung atau ayam-ayam jiran yang datang ke kawasan rumah kami) memang layan sangat. Sambil-sambil tu merenung pokok kuini yang sedang berbunga, mudah-mudahan buah nya menjadi dengan lebat nya pada tahun ini boleh buat colek kuini pulak. 🤗#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kacang tanah (2) + sengkuang (3) + tepung ubi (1) Dapur Yusfarisyia -
Tongkol Masak Kicap Berangat Tongkol Masak Kicap Berangat
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanMasak kicap tak kira ayam, daging atau ikan memang sudah menjadi antara menu yang sering dimasak setiap minggu di rumah kami. Nak masak pun agak mudah dan boleh diwariskan ke anak cucu. Kalau dah anak-anak suka, sudah tentu kemudian hari nanti anak-anak akan menyediakan untuk keluarga mereka juga nanti dan diturunkan ke anak-anak mereka (cucu-cucu).#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (1) + cili (1) + cuka (1) + gula melaka (2) + ikan tongkol (2) Dapur Yusfarisyia -
Kuah Rojak Kuah Rojak
122/2022/RoadtoWorldRecipes/1240Kuah rojak ni hakak buat untuk rojak buffet masa bulan Mei yang lalu. Sebelum ni guna resipi sendiri. Cuma kali ni, cuba pula resipi daripada Cookpader Cantik @Gynainspring83 ni 🥰. Ternyata memang sedap kuah rojaknya. Alhamdulillah tetamu yang datang pun suka ❤️. Kuah rojak ni hakak hidangkan dengan sengkuang, nanas dan jambu batu. Selain kuah rojak hakak turut sediakan serbuk asam masin 😬.Tapi macam biasalah dah nama pun gambar majlis memang tiada yang helok sepertimana yang disnap di rumah 😅😂🤣 Salina Jalaludin -
Sambal Rojak Sambal Rojak
Meal / Food Prep & Hack [#Misi3 CookRace]Kegemaran suami saya. Kegemaran saya juga 🤗Wajib ada bekalan ketika di bulan ramadan kerana selera di bulan ramadan kami lebih kepada makan buah-buahan. Dapur Yusfarisyia -
Kuah Rojak Kuah Rojak
#cookpadworlddessertKalau pergi ke Pulau Pinang, pasti singgah di perhentian untuk mencari kuah rojak. Bila beli sebekas rasa seperti tidak cukup. Nak beli 2 bekas, terasa mahal pula.Apa yang susah? Buat sajalah sendiri. Bukan susah pun. Malah boleh diberi kepada jiran tetangga lagi.Kuah rojak ini bukan sahaja boleh dimakan bersama buah-buahan tetapi boleh dijadikan sebagai sos sotong kangkung seperti yang di jual di pasar malam tu. selain tu juga boleh dijadikan sebagai sos tauhu/tofu bakar. Fuhhhhh asyiknya.Ada sesetangah orang suka menggunakan petis untuk menggantikan belacan. Tetapi saya tidak pandai menikmati keenakan petis. Jadi saya gunakan saja belacan. Sedapnya bukan kepalang. Jika sukakan kepedasan tahap maksima, tambahkan lagi sukatan serbuk cili. Baru puas makan rojak hingga basah kepala. 😂Kepada kawan-kawan yang ingin buat majlis keramaian, cubalah hidangkan rojak buah sebagai pencuci mulut. Mesti terlajak licin mangkuk hidangan tu. Simple dan sedap. Gyna Elenna -
Jeruk Lobak Goreng Kicap Jeruk Lobak Goreng Kicap
Main Campak Campak 🍲Menu pembuka selera buat saya dan suami. Kalau ada jeruk lobak putih mesti teringat pada mak sebab mak memang suka jeruk lobak apabila mak kurang berselera makan. Rasa rangup jeruk lobak tu salah satu sebab kenapa mak suka. Jeruk lobak ni ada yang masin dan ada yang manis masam. Saya pun tak reti nak pilih yang mana yang masin atau yang manis masam sebab dua-dua nya nampak sama, tambah pulak sudah di sealed dalam plastik. Yang saya masak ni yang manis masam. Selain digoreng kicap, boleh juga digoreng dengan telur atau dibuat kerabu mentah. Dapur Yusfarisyia -
Kuah rojak buah Kuah rojak buah
Kuah rojak ni aspirasi drpd kuah rojak buah Indonesia.. ini lah effect slalu tgk cara mereka makan dan masak di ig nuh... Hari² nk mkn masakan dr Indonesia saja Klau tgk terliur hbis 😅😅😅 .. mmg sedap pun kuah ni mkn dgn rojak buah2han kegemaran korang buat pun senang je.. seperti mkn kuah kacang tpi, lbih manis dan pedas tbaik sangat rasanya KAM -
Rojak Sotong Kangkung Rojak Sotong Kangkung
Memandangkan kuah/sambal rojak masih ada berbaki lagi dalam peti sejuk ada sotong kembang dan ada lebihan kacang tumbuk dan bijan. Terus teringat nak buat rojak sotong kangkung. Cuma tinggal petik sayur kangkung yang ditanam kat belakang rumah je lagi. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen