Roti sarang burung

Ziana Chesaad @limited_edition
Mudah sgt. Berbunga bunga mata anak bila hidangkan pada dia.
Menu @MasterJamal mmg terbaik .
Roti sarang burung
Mudah sgt. Berbunga bunga mata anak bila hidangkan pada dia.
Menu @MasterJamal mmg terbaik .
Cara Memasak
- 1
Potong bahagian tengah seperti dalam gambar. Panaskan pan dan letakkan sedikit mentega. Goreng roti canai dikedua bahagian sehingga garing.
- 2
Pecahkan telur dibahagian tengah. Setelah telur masak, angkat dan boleh dihidangkan bersama kuah atau sos pilihan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Roti Sarang Burung Roti Sarang Burung
Sarapan roti canai sarang burung untuk anak-anak pagi tadi. Kita guna roti canai frozen atok. Selalu aje ada stok dalam peti ais tu nak makan bila-bila senang ambil aje, ada yang datang beli roti canai frozen tu. Asyik buat makan macam biasa kita cooksnap, tiruvasi roti sarang burung @MasterJamal yeyyyy ALhamdulillah suka.. suka.. colek dengan kuah dhal frozen opah. Opah aje hebat buat kuah dhal sedap, suka suruh mak buat lebih kuah dhal tu sebab senang nak makan dah ada kan.. Sekali lagi tq @MasterJamal idea tu.. terbaik#Misi2CookRace Julia ALeen Aireish -
Roti Sarang Burung Roti Sarang Burung
Sarapan pagi tadi Aznie buat Roti Sarang Burung resepi dari @MasterJamal . Terima kasih sedap lahaiiiii. Makan satu ni je pun kenyang dah. Alhamdulillah.#wajibcooksnap #CookRace #Misi2 Aznie Khasri -
Roti Canai Sarang Burung Roti Canai Sarang Burung
#goldenapron2020Terjebak PKPB day 1 di Selangor.. anak-anak tak sekolah, bangun pagi macam biasa akan ada soalan cepu emas yang susah mama nak jawab. Rasanya ibu-ibu kat luar sana pun sama macam kita kan..Bila tanya nak sarapan apa? adoii laaaa.. lemah badan-badan rasanya..hahaMulalah episod otak berputar macam gasing.. buka peti ais, mata melilau.. apa ada dalam peti rahsia ni..Ok ternampak roti canai frozen.. tetiba teringat hari tu ternampak di Cookpad ada cookpaders share idea macam-macam.. roti canai sarang burung..apa lagi.. terus laju ke dapur ..Dalam hati duk cakap.. mesti anak-anak suka ni.. ada telur separuh masak boleh letak lada sulah sambil cicah kuah dhal. Tq kepada sis mamamikaeloven bagi idea.. Julia ALeen Aireish -
Roti sarang burung Roti sarang burung
#goldenapron2020#minggu26.Viral sangat pasal roti sarang burung ni.teringin juga nak mencubanya.nak makan di kedai malas pula nak keluar time macam ni.Tengok apa ada kat peti ais.kebetulan memang ada stock roti canai segera/ prata.apa lagi terus la masak. Lily Suryani Mohd Ali -
Roti Canai Sarang Burung Roti Canai Sarang Burung
Pernah cooksnap roti sarang burung kak Shikin @dapurummi_2010 yang kak Shikin sendiri sendiri menjadi orang pertama men Cooksnap MJ @MasterJamal. Kali ni Uchu cooksnap MJ. Hehe..sesungguhnya, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu adalah benar…94/2022 Sesimple Loralin -
Roti Sarang Burung Roti Sarang Burung
HOF Worthy (#Misi2 CookRace)Inspirasi daripada @MasterJamal tetapi saya menggunakan roti chapati (yang ada di dalam freezer) untuk menggantikan roti canai atau roti parata. Sedap rupa nya bila dimakan ketika masih panas lagi. Nanti boleh buat lagi. Dapur Yusfarisyia -
Roti Sarang Burung Viral Roti Sarang Burung Viral
Dah banyak minggu aku duk tengok menu ni lalu lalang kat fb. Lama lama tak boleh tahan weiii. Dan dan rasa nak makan.Oleh sebab sekarang PKPB, nak makan makan kat luar pun rasa tak selamat so aku buat je la sendiri kat rumah.Yang viral tu aku tengok orang letak 2 biji telur tapi aku letak 1 biji je. Hehee buat sendiri ni suka hati kita la kan.Yang pasti memang sedap makan panas panas. Aku cicah dengan kuah dhal yang dapat FREE masa beli roti canai. Jom cuba! 😍#resipi3bahan#goldenapron2020#minggu27#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Roti Telur Bersarang Siap Roti Telur Bersarang Siap
#goldenapron2020 (minggu 30)Anak-anak minta minum petang, jadi sebelum Abi pergi kerja sesi malam. Abi layankan. Menu biasa-biasa sahaja,tetapi istimewa bagi anak-anak sebab jarang dapat makan macam ni sekarang macam sebelumnya. Tapi lepas ni bolehlah selalu abi sediakan. Wan Gilo -
🍁Sarapan Roti Sarang Burung 🍁Sarapan Roti Sarang Burung
Sarapan pagi yang mudah. Selamat mencuba. 😊#jekferlailertilljannah#goldenapron2020#cookpad Master Jamal -
Wanpanku Wanpanku
#goldenapronLevel 13Masak masak jugak, makan makan juga tapi diet jgn lupa. Sandwish wanpaku sgt viral sekarang ni. Bukan saja besar, tebal tetapi sgt menyihatkan dan mengenyangkan perut. Pada sesiapa yg sedang diet eat clean boleh sgt mkn wanpaku sandwish ni. Bahan bahan terpulang pada citarasa. Jom tgk bagaimana buat wanpaku cara ziana Ziana Chesaad -
Roti Sarang Burung Sandwic! Roti Sarang Burung Sandwic!
Inspirasi daripada @MasterJamalTerliur masa mula-mula tengok resipi Roti Sarang Burung itu.Terus saya nekad untuk membuat ia dan hasilnya memang mantap!Cepat, mudah & sedap!Akan tetapi, oleh sebab ketiadaan roti canai/dodai/paratha di rumah, maka saya pun menggunakan roti Sandwic sahaja.Kini, mempersembahkan, Roti Sarang Burung Sandwic! 🍳💛 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Roti Canai Sarang Burung Roti Canai Sarang Burung
#telurantarabangsaPernah 'viral' kan roti canai sarang burung ni. Katanya kedai yang jual penuh pelanggan yang datang merasa.Teringin nak cuba tapi musim-musim pandemic ni risau pulak nak bawa anak-anak makan diluar. Jadi saya buat menggunakan roti canai @roti prata frozen. Nak guna roti canai buatan sendiri pun boleh aja, tapi saya tak pandai nak menebar. Takut naik atas kepala nanti 🤭Mudah ja nak buat, yang penting kena ada telur ye. Saya guna telur gred A, jadi letak sebiji ja setiap sekeping roti. Muat elok dalam lubang tu. Masak ikut step yang ada dibawah. Bila dah siap taburkan dengan daun bawang atau apa saja yang disukai.Sepatutnya roti canai ni digandingkan dengan kuah dal atau kari, tapi saya tak buat. Jadi saya cicah dengan sambal bilis ja. Pun boleh sebab kita buat dia kan 😁.Jom tengok resipi dibawah Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/16013613
Komen