Eyes Candy Sprinkles Homemade

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Teringin juga nak mencuba eyes candy sprinkles yang minsha @sasha_sabrina buat. Lagipun sekarang ni viral brownise deko mata yang cute miut tu..Bahan pun mudah, cara buat juga mudah dan sangat-sangat menjimatkan...
Hero ummi angkut sebiji-sebiji bawa lari 👀👀 kunyah2 hilang..anak dengan ummi sama naik je ngap!!! 🤭😂
Tq minsha idea dan resepinya yg awsome ni.. 🥰🥰

Eyes Candy Sprinkles Homemade

Teringin juga nak mencuba eyes candy sprinkles yang minsha @sasha_sabrina buat. Lagipun sekarang ni viral brownise deko mata yang cute miut tu..Bahan pun mudah, cara buat juga mudah dan sangat-sangat menjimatkan...
Hero ummi angkut sebiji-sebiji bawa lari 👀👀 kunyah2 hilang..anak dengan ummi sama naik je ngap!!! 🤭😂
Tq minsha idea dan resepinya yg awsome ni.. 🥰🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Adunan :
  2. 1 cawanIcing Sugar
  3. 1 bijiPutih Telur Sejuk (ATAU 1 1/4 sudu besar Meringue Powder)
  4. 1 sudu besarAir Sejuk
  5. Tools & Colouring
  6. Pewarna Hitam @ Biru + Coklat @ Serbuk Koko
  7. pewarna terkois dan pink(ditambah)
  8. Kertas Minyak
  9. Piping Bag / Ziplock Bag

Cara Memasak

  1. 1

    Pukul putih telur seketika hingga berbuih halus, Masukkan semua bahan yang lain mixer selama 5 minit pada kelajuan paling tinggi.

  2. 2

    Nanti dia akan kembang macam ni tapi bila kita angkat dia still dapat drip jatuh

  3. 3

    Ambil 1/4 bahagian adunan dan campur dengan 5-8 titik Pewarna Hitam dalam mangkuk lain & sebatikan.

  4. 4

    Masukkan semua adunan ke dalam piping bag berasingan.
    Ummi buat warna terkois dan pink juga.

  5. 5

    Gunting SIKIT SAHAJA di hujung & test paip. Lagi senang control bila lubang kecil.
    ***Kalau terlalu sukar untuk keluar, potong SEDIKIT DEMI SEDIKIT sampai flow dia cun.

    Paip secara menegak.

    Teknik piping untuk elak “tanduk”:
    1. Picit adunan pada posisi statik yang sama
    2. Picit saiz pilihan
    3. Stop picit pada posisi sama
    4. Baru angkat piping bag ke atas

  6. 6

    Pipe sampai semua adunan putih habis atas kertas minyak

  7. 7

    Bila dah selesai, piping pertama yang kita buat tadi akan sedikit kering.

    Boleh mula piping adunan hitam.

  8. 8

    Kalau nak mata hitam nipis macam ni, dab2 ikut seperti video atas

  9. 9

    Kalau nak mata timbul 3D macam ni, piping macam kita piping adunan putih iaitu secara menegak.

  10. 10

    Biarkan kering selama 4 jam atau semalaman (kalau guna Pasteurized Eggs ATAU Meringue Powder)

    ATAU

    Bakar suhu 100'c selama 5-10min API BAWAH SAHAJA (tengok oven masing2)

    Ummi bakar yea 10 minit awal kemudian tambah lagi 5 minit...(suhu dan masa ikut oven masing2 ya) 👇

  11. 11

    Cara check dah betul kering atau belum:
    - Tolak mata dengan jari, kalau senang gerak, dah betul2 kering.
    - Kalau belum berganjak, biarkan lagi

  12. 12

    Tips Cara Cepat Simpan dalam balang 👇🏻👇🏻👇🏻

  13. 13

    Simpan dalam bekas kedap pada suhu bilik sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (7)

Resipi Sepertinya