Apam Gula Hangus

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Kuih ni Aznie buat untuk minum petang tadi. Lama tak buat apam gula hangus. Puas dapat makan bila buat sendiri. Kuihnya lembut dan juga gebu. Tak rugi mencuba

Apam Gula Hangus

Kuih ni Aznie buat untuk minum petang tadi. Lama tak buat apam gula hangus. Puas dapat makan bila buat sendiri. Kuihnya lembut dan juga gebu. Tak rugi mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A (gula hangus)
  2. 1 cawangula
  3. 1 cawanair
  4. Bahan B (ayak)
  5. 2 cawantepung gandum biasa
  6. 1/2 sudu tehsoda bicarnonate
  7. 1/2 sudu tehbaking powder
  8. Bahan C (butter - pukul sebati)
  9. 2 bijitelur
  10. 1/2 cawanminyak jagung / minyak masak
  11. 2 sudu makansusu pekat manis (nak manis lagi boleh lebihkan)

Cara Memasak

  1. 1

    Masak gula sampai cair dan keperangan, slow kan sedikit api dapur... Terus kacau sampai gula bertukar keperangan sedikit gelap, bukan hangus ye.

  2. 2

    Masukkan air panas perlahan-lahan, time ni boleh matikan api dapur dulu. Dah letak air panas, buka balik api dapur dan kacau hingga gula cair semula. kacau hingga sebati. Tutup api dan biarkan air gula hangus tersebut suam-suam kuku.

  3. 3

    Pukul bahan C hingga sebati. (nak blend pun boleh)

  4. 4

    Masukkan bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit, kacau hingga rata.

  5. 5

    Masukkan pula air gula tadi dan kacau hingga sebati. Rehatkan adunan sekejap dlm 15 minit. (nak kukus terus pun boleh)

  6. 6

    Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.

  7. 7

    Bubuh adunan separuh @ 3/4 penuh acuan, kerana apam akan naik tinggi...kukus 10 - 15 minit dgn api sederhana.

  8. 8

    Panas-panas keluarkan dari acuan, mudah tak melekat pun

  9. 9

    Sedia dihidang

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen (6)

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
satu lagi penutup kukusan kena balut ngan kaon supaya air xmenitik

Resipi Sepertinya