Kek Coklat Mudah Rice Cooker

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Hack Your Rice Cooker!

Anak dara tercari-cari kek coklat di tengah malam. Saya menyuruh anak dara saya untuk membuat kek coklat yang mudah dengan menggunakan rice cooker sahaja. Mula-mula dia ingatkan kek yang menggunakan mixer untuk membuat nya, dia agak keberatan nak membuat nya sebab malas nak basuh banyak perkakas kek nanti. Apabila saya memberitahu dia nak buat kek coklat mudah ni tak perlu menggunakan mixer bagai. Nama nya pun kek coklat mudah kan? Akhir nya dia setuju #ChooseToCook kek coklat mudah menggunakan rice cooker #RiceCookHack

Sumber : Pinterest

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Basah
  2. 1 cawansusu segar
  3. 1 sudu kecilesen vanilla
  4. 1/2 cawanminyak jagung
  5. Bahan Kering
  6. 1 1/2 cawantepung gandum*
  7. 1/4 cawanserbuk koko*
  8. 1 sudu besarbaking powder*
  9. 3/4 cawangula halus
  10. Secubitgaram (saya tambah)
  11. Hiasan
  12. Gula aising (saya tambah)

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan kesemua bahan basah dan kacau rata.

  2. 2

    Ayak bahan kering*, masukkan gula dan garam, kacau rata. Tuangkan bahan basah sedikit demi sedikit ke dalam bahan kering sambil digaul sebati.

  3. 3

    Sapukan sedikit minyak pada inner pot rice cooker, alas dengan baking paper. Tuang adunan dan hentak-hentakan sedikit. Masukkan ke dalam rice cooker dan tekan butang cook.

  4. 4

    Masak hingga kek masak (cucuk dengan lidi kayu jika kek tidak melekat pada lidi kayu). Saya tekan butang cook selama 5 kali untuk kek itu masak (bergantung kepada rice cooker masing-masing). Keluarkan inner pot dan telangkupkan kek ke dalam pinggan. Sejukkan kek sebelum ditabur dengan gula aising.

  5. 5

    Sedia untuk dinikmati. Tekstur kek nya lembab di bahagian dalam nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Zarafafiis ❣️🌹
Zarafafiis ❣️🌹 @zarafafiis
Ok juga ya kak.. pernah buat dulu 2018 tidak silap saya.. guna rice cooker baking kek.. tidak jadi.. last2 suami marah.. hahaha.. dah diberi amaran jangan buat kek guna rice cooker lagi. Tu yg Beli oven.. hahaha tidak berani lagi saya nak buat..

Resipi Sepertinya