Kek Coklat Lembab Tanpa Telur Anti-Gagal

Salah satu kek yang sangat mudah untuk dibuat. Sedap pun sedap, semua suka, lagi-lagi ada chocolate ganache. Kek nya moist, manis yang sedang jer. Kek kegemaran anak-anak saya dan pernah menjadi sumber jualan untuk kanak-kanak sekolah.
Al - kisah nya tadi tengah membuat adunan kek, saya perasan air paip kecil. Saya fikirkan mungkin paip di luar rumah terlupa ditutup sewaktu mencuci sangkar-sangkar kucing. Si suami saya ni memang kuat pelupa. 😂 Semenjak saya kurang sihat, kebanyakan kerja-kerja rumah dia yang uruskan termasuk hal-hal si bulus kami. Kesian pula, bersyukur kerana suami memahami. Bila part nak isi air dalam periuk kukus, saya perasan air makin kecil. Kalau guna periuk pengukus memang tak sanggup nak tunggu air untuk mencukupi ruang periuk kukus saya tu kerana saiz nya memang besar. Akhir nya saya guna kuali untuk mengukus kerana ruang nya tak lah sebesar periuk kukus saya tu. Bila nak cuci perkakas dan alatan untuk membuat kek tadi, aduhhhh! 🤦🏻♀️ air pun takde. Cobaaannn... sabar jer lah.
Dik @kamarullah jom join cabaran minggu ni. 😊
Kek Coklat Lembab Tanpa Telur Anti-Gagal
Salah satu kek yang sangat mudah untuk dibuat. Sedap pun sedap, semua suka, lagi-lagi ada chocolate ganache. Kek nya moist, manis yang sedang jer. Kek kegemaran anak-anak saya dan pernah menjadi sumber jualan untuk kanak-kanak sekolah.
Al - kisah nya tadi tengah membuat adunan kek, saya perasan air paip kecil. Saya fikirkan mungkin paip di luar rumah terlupa ditutup sewaktu mencuci sangkar-sangkar kucing. Si suami saya ni memang kuat pelupa. 😂 Semenjak saya kurang sihat, kebanyakan kerja-kerja rumah dia yang uruskan termasuk hal-hal si bulus kami. Kesian pula, bersyukur kerana suami memahami. Bila part nak isi air dalam periuk kukus, saya perasan air makin kecil. Kalau guna periuk pengukus memang tak sanggup nak tunggu air untuk mencukupi ruang periuk kukus saya tu kerana saiz nya memang besar. Akhir nya saya guna kuali untuk mengukus kerana ruang nya tak lah sebesar periuk kukus saya tu. Bila nak cuci perkakas dan alatan untuk membuat kek tadi, aduhhhh! 🤦🏻♀️ air pun takde. Cobaaannn... sabar jer lah.
Dik @kamarullah jom join cabaran minggu ni. 😊
Cara Memasak
- 1
Satukan susu segar penuh krim dan cuka, kacau rata dan biarkan 10 minit.
- 2
Satukan bahan kering kecuali gula dan ayak. Masukkan gula dan gaul rata.
- 3
Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Gaul rata, akhir sekali masukkan buttermilk tadi dan kacau sebati.
- 4
Panaskan kukusan. (Saya guna kuali jer) Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan tuang adunan. Kukus 30-45 minit/hingga masak dengan api sederhana besar. Balut penutup kukusan dengan tuala bersih untuk mengelak air kukusan menitis ke atas kek. Cucuk dengan lidi satay untuk memastikan kek sudah masak, jika kek tidak melekat di kayu lidi bermakna kek sudah masak.
- 5
Sejukkan kek. Sediakan ganache dengan kaedah double boil. Curah ganache di atas kek dan boleh ditabur dengan chocolate rice/parutan coklat/kekacang/buah-buahan segar/apa saja yang anda suka. Tak sabar tunggu ganache sejuk, suami nak makan dua potong kek. 😅
Resipi Sepertinya
-
Cake Moist Tornado Cake Moist Tornado
#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#ApaKauRasa#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSelalu tengok kek tornado ni Kat sosial media tapi belum pernah rasa dan belum berkesempatan untuk mencuba membuat nya. Sempena ikut meramaikan Pertandingan Baking Apa Kau Rasa X Cookpad, saya tergerak hati untuk mencuba membuat resepi Kek Tornado ini, awalnya saya teringin sangat nak membuat Kek Red Velvet Tapak kuda, memandangkan saya tak punya square pan size 40x40 cm saya pending dulu hasrat untuk membuat kek tersebut. Saya dah pegi carik loyang square pan tu kat kedai barangan kek langganan saya,tapi takde pulak. Inshaa Allah next time saya akan try buat kek Red Velvet Tapak kuda tu😊. Tengah hari tadi saya buat kek Moist Tornado ni,dan Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan rasanya pun Sedap sangat....dah tak kempunan lagi saya dengan Kek Tornado ni 😁. Kerana saya buat dalam bentuk dessert box so dapat lah 8 box kek Moist Tornado ni, dan 3 box saya sedekahkan Kat akak cleaner rumah saya. Saya terpikir next time saya akan Cuba open order kek Moist Tornado ini untuk di jual😊. Terimakasih Kak Sue Apa Kau Rasa kerana berkongsi resepi-resepi yang sangat istimewa pada saya,dengan menyertakan Video cara pembuatannya sekali sangat memudahkan saya untuk mencubanya. Semoga ilmu yang di kongsi menjadi amal jariyah dan semoga blog Apa Kau Rasa semakin maju jaya 😊. Jeehan Kitchen -
Brownies Mudah Anti-Gagal Brownies Mudah Anti-Gagal
Brownies ialah salah satu kek yang sangat mudah untuk dibuat dan keluarga saya amat menyukainya terutamanya si bujang saya dan suami saya.Kek anti-gagal kerana anak saya pun boleh membuat nya kerana adunan nya boleh diadun dengan menggunakan whisk sahaja, tak perlu dipukul lama-lama, cukup sekadar sebati sahaja.Jom dik @atika_mahamood join cabaran minggu ni. 😊❤️ Dapur Yusfarisyia -
Kek Batik Nestum Kek Batik Nestum
Kek batik menjadi kegemaran keluarga kami terutama si bungsu. Mama nya telah mencuba beberapa versi kek batik. Ini adalah yang paling senang dan rasanya pun sedap.#Anekakekbatik Ani Delighted -
Kek Coklat Kukus UntukMu Kek Coklat Kukus UntukMu
💚1565💚💚25/2024💚Mamy masak untuk besday cik somi..Dia xsuka makan kek,jd smlm mamy buat kek sebiji utk anak2 pulut kuning sebiji utk bapak nyaa..Alhamdullilah..Oven rosak xberganti lagi,klau guna air fryer macam xpuas hati jer nk bt kek😅 perangai apa xtaw..Guna BM pun mcm xbest nak bakor kek,jadi kukus pun onzz jerr.. mamy_kitchen89 -
Kek Coklat Moist Kek Coklat Moist
Kek Coklat Moist ni Aznie buat untuk anak bujang sempena birthday dia dulu. Anak Aznie ni memang fav dia kek coklat je, kek lain dia tak berapa sangat nak makan. Kek ni dulu Aznie buat untuk dia bawa kesekolah makan bersama kawan-kawan dan juga cikgu. Memang kawan-kawan dia pun tahu dari dia sekolah tadika sampai form 5 memang dia akan bawa kek kesekolah sebab cikgu dengan kawan-kawan dia suka sangat makan kek. Sebabkan dia minat sangat dengan bola sepak jadi Aznie buatkan kek logo pasukan bolasepak negeri perak. Seronok bila ingat balik reaksi dia time tengok kek ni, punya la suka sangat. Sekarang dia pun dah masuk kolej, dan sekarang dah masuk sem. 4. Moga menjadi anak yang soleh anakku. Aznie Khasri -
Kek Moist Tornado Kek Moist Tornado
Pernah tak dengar kek viral Tornado 🌪️? 🤭🤭🤭 Kek ni dah banyak jenis yang viral lagi-lagi yang bertopping cheese atau bertopping coklat yang menggiurkan. Namun, kali ini bukan sekadar kek coklat yang biasa. Kek coklat ‘viral’ ini sangat moist dan gebu ditambah pula dengan topping coklat yang meleleh dan bersusu. Nikmatnya! Niat nak berdiet pun terbatal apabila anda menikmati kek ini. Tengok saja pun dah kecur air liur.#goldenapron2020#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad Nora Hj Talib -
Kek Coklat Moist Kek Coklat Moist
Lama sungguh tak buat ni.. Teringin nak makan, Tiber... Pada hal sesudu aje masuk perut😅 tapi kalau yang sejuk baru keluar dari peti ais tu.. WOW sangat sedappp... lembut, gebus moist..Senang aje, kisar-kisar.. kacau-kacau.. siap Julia ALeen Aireish -
Chocolate cheese cake Chocolate cheese cake
Saya antara orang yg minat membaking tak kira la buat cake,cookies kuih muih dan masak memasak sekali pun saya minat...dapur adalah tempat ke dua d mana saya banyak luangkan masa saya selain ruang tamu....oleh itu,salah 1 page facebook saya suka tengok adalah facebook @ApaKauRasa dan sy byk bljr resepi cake dr sana sehingga saya mau cuba buat salah 1 resepi cakenya....kebetulan bulan september adalah bulan hari jadi husband so saya mau buat cake untuknya menggunakan resepi @ApaKauRasa.....Oleh kerana husband suka cake chocolate saya try la buat chocolate cheese cake dr resepi @ApaKauRasa...dan bestnya ianya menjadi dgn jayanya dan paling penting sangat sedaaappp...husband & anak2 sangat suka...terima kasih kepada @ApaKauRasa kerana sentiasa berkongsi resepi 💓 #Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad Hana Yohanis -
Kek coklat indulgence Kek coklat indulgence
Kek sempena birthday boy. Dia request nak kek coklat ada mainan kat atas . Macam biasa, bab deko memang kelaut 😅. Azizah Mansor -
Muffin Coklat Olimpik (Cara Ku) Muffin Coklat Olimpik (Cara Ku)
Global Apron 2024 Challenge 23: PUTIH 🤍#MerdekaMonth #Ogos#WarnaJalurGemilang 🇲🇾Sukan Olimpik Paris 2024 baharu jer melabuhkan tirai nya beberapa hari yang lalu. Sana-sini-situ lalu lalang muffin coklat viral olimpik. Kita pulak memang hantu coklat muffin, takleh jadi ni nak juga cuba buat tapi dengan cara sendiri. Dengar tu ye CARA KU. Jangan ada yang kecam pulak 🙏. Kenapa cara ku? Sebab guna bahan yang ada jer kat kitchen pantry, nak perhabiskan coklat takut tamat tempoh. Kalau ikutkan resipi ada diletakkan coklat yang telah dicairkan ke dalam adunan tetapi saya tak letak. Dan ikutkan resipi, lepas muffin masak dipipekan dengan coklat yang dicairkan atau chocolate ganache tetapi saya ganti dengan cream cheese dan white coklat. Saya juga menggunakan empat jenis coklat yang berbeza di dalam resipi ni, kan awal-awal dah cakap nak perhabiskan coklat sebelum tamat tempoh dan guna apa yang ada jer. Oh lupa nak cakap, resipi ni saya ambik di TT, banyak versi korang boleh cuba. Memang sedap. Disebabkan cabaran 23 ni saya olah ikut bahan pada list Cookpad Magic Pantry.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cream cheese (3) + greek yoghurt (3) + susu segar (1) + tepung gandum (1) + white chocolate (2) Dapur Yusfarisyia -
Chocolate Indulgence Cake Chocolate Indulgence Cake
Tak lengkap rasa nya kan.. Kalau juadah raya xde manisan atau pencuci mulut.Di sini saya sedia kan resipi yang mudah untuk kita sama2 mencuba membuat nya.. Kek ini adalah kek yang paling laris dalam jualan kek yang saya jual.Kek ni juga dalam krim nya saya tidak menguna kan gula.. Sebab manis coklat nye sudah cukup untuk selaputi sebiji kek yang sudah siap nanti.. Mari la cuba ya😘😘#minggu5#cookpadmalaysia Siti Aishah Ismail -
Kek Coklat Mudah Rice Cooker Kek Coklat Mudah Rice Cooker
Hack Your Rice Cooker!Anak dara tercari-cari kek coklat di tengah malam. Saya menyuruh anak dara saya untuk membuat kek coklat yang mudah dengan menggunakan rice cooker sahaja. Mula-mula dia ingatkan kek yang menggunakan mixer untuk membuat nya, dia agak keberatan nak membuat nya sebab malas nak basuh banyak perkakas kek nanti. Apabila saya memberitahu dia nak buat kek coklat mudah ni tak perlu menggunakan mixer bagai. Nama nya pun kek coklat mudah kan? Akhir nya dia setuju #ChooseToCook kek coklat mudah menggunakan rice cooker #RiceCookHackSumber : Pinterest Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)