👩🍳Prune Pudding🤎

Puding ringkas dan sedap dimakan sejuk.
Autumn dessert😋
Recipe from the White House
Adapted by Steven Kurutz
Golden Apron 2023 Week 13
Week 13 (2 hingga 8 Oktober):
1. Buah Binjai
2. Pucuk Maman
3. Ikan Uji Rashid
4. PRUNE
5. Telur + Tomato
#GoldenApron23
#Pejuang2KResipi
#Week13
#Prune
1644/2K
👩🍳Prune Pudding🤎
Puding ringkas dan sedap dimakan sejuk.
Autumn dessert😋
Recipe from the White House
Adapted by Steven Kurutz
Golden Apron 2023 Week 13
Week 13 (2 hingga 8 Oktober):
1. Buah Binjai
2. Pucuk Maman
3. Ikan Uji Rashid
4. PRUNE
5. Telur + Tomato
#GoldenApron23
#Pejuang2KResipi
#Week13
#Prune
1644/2K
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan
PRUNE..dan bahan2 lain.
- 2
Letakkan prun dalam periuk bersaiz sederhana, tuangkan 1 cawan air panas dan biarkan selama 1 jam.
Pindahkan periuk ke atas dapur dan masak prun sehingga mendidih.
Kecilkan api dan reneh, bertutup, selama 5 hingga 10 minit sehingga lembut.
- 3
Toskan prun, simpan cecair, dan potong kasar.
- 4
Tambah lebih banyak air panas ke dalam air prun yang disimpan tadi supaya jumlahnya menjadi 2 cawan.
Letakkan kembali prun dan air prun ke dalam periuk dan masukkan gula, serbuk kayu manis dan batang kayu manis.
Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih, kemudian kecilkan api dan reneh selama 10 minit.
- 5
Sementara itu, campurkan tepung jagung dan 1 sudu besar air sejuk. Masukkan pula ke dalam campuran prun dan masak dengan api perlahan selama 5 minit, kacau sentiasa, untuk memekatkan campuran.
Keluarkan batang kayu manis. Tutup api.
- 6
Sendukkan puding ke dalam ramekin. Biarkan sejuk, kemudian sejukkan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk. Hiasan: tambah sedikit serbuk buah pelaga; atau taburkan dengan walnut; atau sudukan sedikit yogurt pekat dan berkrim diatas atau nikmati begitu sahaja.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi


















Komen