Assorted Soft Cookies

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Muar, Johor

Tak lengkap cuti sekolah jika tiada kudap-kudap untuk anak-anak, kan...

Ajomlah kita ke dapo.. buat kukis untuk anak-anak. Tak susah pun, guna bahan yang memang biasa ada kat rumah je. Cuma untuk bahagian hiasan tu, boleh je ubah letak ikut citarasa masing-masing.

Macam yang ibu buat ni, kebetulan baru belanja anak-anak jajan dekat Speedmart (Speedmart kat depan taman je haaa) mana tidaknyerr... 🥳

Ni pun ibu guna coklat M&M yang ibu lanjer anak-anak 🤣 gasaklah situ, dah kebetulan macam kena jee gabungan dia kan. Nasiblah kedai dekat. Senang nak beli.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 cawanbutter / mentega
  2. 1/2 cawangula kastor
  3. 1 bijitelur
  4. 1 1/2 cawantepung gandum
  5. 1 sudu kecilserbuk penaik
  6. 1 sudu kecilsoda bikarbonat
  7. Setitisbutter oil (tak letak pun takpe)
  8. 1/2 cawanchoc chip
  9. hiasan
  10. 1 paketcoklat M&M
  11. 1 paketkecil mini oreo
  12. perasa coklat
  13. 5 sudu makanserbuk koko

Cara Memasak

  1. 1

    Cairkn butter. Biarkan sejuk.

    Kacau gula kastor, telur, butter dan butter oil hingga sebati.
    **Butter oil blh diganti dgn esen vanilla**

    Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan soda bikarbonat.

    Masukkan choc chip.

    Adun hingga sebati.

  2. 2

    Jika hendak buat yang coklat pula, sukatan sama sahaja seperti diatas, cuma perlu tambah 5 sudu makan serbuk koko.

    Adun hingga sebati.

  3. 3

    Scoop dan susun diatas tray yang dialas dengan baking paper.

    Tekan hingga leper. Hiaskan dengan coklat M&M, oreo dan choc chip.

  4. 4

    Panaskan oven 170°c selama 10 minit.

    Masukkan ke dalam oven. Bakar selama 20-25 minit.

    Suhu dan masa membakar bergantung kepada oven masing-masing.

  5. 5

    Selepas siap dibakar, letakkan biskut diatas redai.

    Biarkan sejuk.

  6. 6

    Siap. Ada pelbagai jenis dengan pilihan hiasan yang berlainan.

  7. 7

    Siap untuk dihidangkan.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
pada
Muar, Johor
Make Everyday Cooking Fun 👩🏻‍🍳🥳
Baca lagi

Resipi Sepertinya