Nasi Goreng Ikan Bilis Pedas Letak Jemput-Jemput Jagung

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

Mula-mula buat jemput-jemput jagung. Ada ekstra jemput-jemput, masukkan dalam nasi goreng.

Saya ambil inspirasi dari mee rojak mamak yang letak kuih rojak.

Sedap juga bila dapat rasa jemput-jemput jagung dalam nasi goreng. Dapat rasa banyak tekstur dalam satu gigitan.

#GlobalApron2024
#challenge42
#menucuticuti

6. ikan bilis (2 point)
15. telur (1 point)
16. tepung gandum (1 point)

Nasi Goreng Ikan Bilis Pedas Letak Jemput-Jemput Jagung

5 orang bercadang membuatnya

Mula-mula buat jemput-jemput jagung. Ada ekstra jemput-jemput, masukkan dalam nasi goreng.

Saya ambil inspirasi dari mee rojak mamak yang letak kuih rojak.

Sedap juga bila dapat rasa jemput-jemput jagung dalam nasi goreng. Dapat rasa banyak tekstur dalam satu gigitan.

#GlobalApron2024
#challenge42
#menucuticuti

6. ikan bilis (2 point)
15. telur (1 point)
16. tepung gandum (1 point)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan buat jemput-jemput jagung (nak 3 ketul jemput-jemput sahaja untuk resepi ini):
  2. 1 1/2 tongkoljagung (Buang kulit jagung dan ambil isinya sahaja guna pisau)
  3. 2 1/2 cawantepung gandum
  4. 1 1/2 cawanair
  5. 1 sudu tehgaram
  6. Bahan-bahan masak nasi goreng:
  7. 3 sudu besarikan bilis kecil (tumbuk)
  8. 1/8 sudu tehserbuk kunyit
  9. 5 bijicili api (tumbuk)
  10. 1 bijibawang Holland (hiris)
  11. 1 mangkuknasi sejuk
  12. 3 bijijemput-jemput jagung (siat)
  13. 1 sudu tehgaram
  14. 2 tangkaidaun bawang (hiris) (separuh untuk masak, separuh lagi untuk hias)
  15. 1 sudu besarbawang goreng
  16. 2 bijitelur

Cara Memasak

  1. 1

    Cara buat jemput-jemput jagung:

  2. 2

    Ambil isi jagung. Masukkan ke dalam bekas.
    Masukkan tepung dan garam.
    Kemudian masukkan air, kacau.
    Tekstur adunan jemput-jemput yang kita nak, tak cair sangat dan tak pekat sangat, yang macam dalam video ini.

  3. 3

    Panaskan minyak.
    Ambil adunan jemput-jemput guna sudu, letakkan adunan ke dalam kuali.
    Terbalik-balikkan jemput-jemput.
    Nak tunggu garing pun boleh. Kalau nak angkat jemput-jemput apabila dah masak pun boleh. Ikut suka.
    Angkat dan toskan.

  4. 4

    Jemput-Jemput Jagung sedap makan dengan sos cili atau sos pencicah.
    Ada ekstra jemput-jemput jagung, boleh masuk dalam nasi goreng.

  5. 5

    Cara-cara buat nasi goreng:

  6. 6

    Tumbuk ikan bilis dan cili padi bersama serbuk kunyit sehingga separuh lumat.
    Panaskan minyak masak.
    Tumis bahan tumbuk tadi dan bawang Holland.
    Apabila ikan bilis dah garing, masukkan jemput-jemput jagung. Kacau.
    Masukkan nasi sejuk dan garam. Kacau.

  7. 7

    Kemudian, masukkan daun bawang, kacau. Siap untuk dihidangkan.

  8. 8

    Hias dengan bawang goreng dan daun bawang.
    Kemudian, simpan nasi goreng tadi dalam peti sejuk kalau tak habis makan.
    Goreng dua biji telur untuk makan nasi pada waktu lain pula.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Komen

Resipi Sepertinya