👩🍳Spaghetti Goreng Daging Cincang

Cookpad Apron 2026: Week 30
Tema Minggu 30: Pasta Party
Setiap hari sarapan pasta sempena Pasta Party.
👩🍳Spaghetti Goreng Daging Cincang
Cookpad Apron 2026: Week 30
Tema Minggu 30: Pasta Party
Setiap hari sarapan pasta sempena Pasta Party.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
- 2
Rebus spaghetti dengan air mendidih lebih kurang 10 minit atau sehingga lembut untuk digoreng. Angkat dan tos air. Simpan sedikit air rebusan.
- 3
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili pes. Terus tumis.
Masukkan daging cincang dan kiub ayam. Terus tumis sehingga daging mula mengecut.
- 4
Masukkan tomato dan lada benggala. Gaul rata sebati.
Masukkan sos pasta tomato dan air rebusan supaya lebih basah. Gaul rata. - 5
Kemudian masukkan spaghetti. Gaul rata. Tambah lagi air rebusan jika perlu. Sesuaikan rasa dengan tambahan garam dan tambah gula jika suka. Gaul rata. Siap!
- 6
Sedia untuk dihidangkan.
Tip
Masukkan sedikit minyak zaitun kedalam air rebusan pasta untuk elakkan spaghetti melekat.
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Mahadiah bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi


















Komen