Kek Sandwich Victoria

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Johor Bahru

Selamat Menjamu Selera!😊

Kek Sandwich Victoria

8 orang bercadang membuatnya

Selamat Menjamu Selera!😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 Jam
10 Slice
  1. 200 gmMentega (Salted Butter)
  2. 150 gmGula kastor
  3. 4 bijiTelur + 1 kuning Telur
  4. 1 sudu tehEsen vanila
  5. 200 gmTepung serbaguna
  6. 2 sudu tehSerbuk penaik
  7. 3 sudu besarSusu Penuh Krim
  8. 200 gmKrim putar dipukul
  9. 100 gmJem Strawberi
  10. 200 gmStrawberi
  11. Secukup rasaAnggur
  12. Secukup rasaCeri
  13. Secukup rasaDelima
  14. Secukup rasaAprikot muda
  15. Secukup rasaGula tepung (untuk taburan)

Cara Memasak

1 Jam
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan, dan loyang bulat berukuran 22 cm, sapukan dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak

  2. 2

    Adunkan mentega dan gula kastor sehingga lembut dan berkrim, tambahkan telur satu demi satu sambil dikacau berterusan sehingga sebati, tambahkan esen vanilla, kacau sehingga rata

  3. 3

    Masukkan tepung yang telah diayak, secara berperingkat sambil dipukul dengan perlahan, akhir sekali masukkan susu gaulkan sehingga bercampur rata. Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat yang telah disapu dengan mentega/marjerin dan dialas dengan kertas minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 10 minit, bakar KEK selama 35-40 minit sehingga masak. Keluarkan dan biarkan untuk sejuk

  4. 4

    Selepas kek sejuk, belah kek menjadi 2, sapukan kek dengan jem strawberi, semburkan krim putar di atasnya, letakkan potongan buah-buahan, dan tutupkan dengan kek, hiaskan dengan buah-buahan di atasnya kemudian taburkan sedikit gula tepung di atasnya. Nikmatilah...

  5. 5

    Selamat mencuba dan semoga berjaya...😘😘😘 Luar biasa

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya