Roti canai homemade

Fatihah
Fatihah @cook_16728592

Al kisah nya roti canai homemade ni bermula
Si anak ni teringin nak makan roti canai tapi rotinya kena "soft chewy" gitew,
Atas permintaan si anak, maka maknya pun merajinkan diri p menguli roti canai,
Emmmm mixer yang tolong canaikan,
Mak nengok je sampai dohnya siap,
Memudahkan koje,
Tak susah pun campak je ikut cara saya la campak campak asal jadi,
Tapi memang menjadi,
Yang penting roti super duper lembut,bersih dan suci gitew,
Fuhhh,
Sedap tak terkata,
Makan dengan kuah dalca ke atau kari ikan,
Lagi la bertambah,
Nak buat size mini pun boleh ikut deme la yee.,
Maka selamat mencoba 😊

Roti canai homemade

6 orang bercadang membuatnya

Al kisah nya roti canai homemade ni bermula
Si anak ni teringin nak makan roti canai tapi rotinya kena "soft chewy" gitew,
Atas permintaan si anak, maka maknya pun merajinkan diri p menguli roti canai,
Emmmm mixer yang tolong canaikan,
Mak nengok je sampai dohnya siap,
Memudahkan koje,
Tak susah pun campak je ikut cara saya la campak campak asal jadi,
Tapi memang menjadi,
Yang penting roti super duper lembut,bersih dan suci gitew,
Fuhhh,
Sedap tak terkata,
Makan dengan kuah dalca ke atau kari ikan,
Lagi la bertambah,
Nak buat size mini pun boleh ikut deme la yee.,
Maka selamat mencoba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 cawantepung gandum
  2. 2sudu besar marjerin
  3. 2sudu besar gula pasir
  4. 2sudu besar susu pekat (opt)
  5. 1 sudu kecil garam
  6. 1 cawan air

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk adunan. Gunakan cangkuk uli doh. "ON" mixer pada putaran tahap 1(perlahan) bagi adunan sebati selama 1 minit kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi kental. Putar kan pada kelajuan tahap 2 selama 7 minit. Selesai sahaja adunan di uli selepas 7 minit, biarkan doh rehat selama 10 minit. Ulangi step berikut sehingga 3 kali. Doh akan kelihatan likat dan tidak akan melekat di tangan ia menunjukkan doh sudah cukup diuli.

  2. 2

    Bahagikan doh menjadi bulat kecil anggaran 35g atau sebesar bola ping pong. Kemudian, sapukan marjerin bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain. Perap doh selama 2 jam sebelum di canai. Canai doh senipis yang mungkin pada dulang canai yang telah disapukan minyak masak. Gorengkan di atas api yang sederhana.

  3. 3

    Bagi untuk membuat roti canai frozen, gorengkan seketika untuk keringkan roti canai, kemudian simpan di dalam bekas plastik. Simpan di freezer, tahan sampai 3 bulan. Untuk elakkan ia melekat lapikkan dengan plastik. Pastikan roti canai telah disejukkan sebelum disimpan di dalam freezer. Adunan ini mampu menghasilkan 10 roti canai untuk saiz sederhana.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fatihah
Fatihah @cook_16728592
pada

Komen

Resipi Sepertinya