Begedil Cauliflower #ReverseDiabetesObesity

Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
Kuala Lumpur

Begedil bunga kobis ini bukan sahaja sedap dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet keto tetapi juga untuk anak2 yg susah nak makan sayur 😊

Begedil Cauliflower #ReverseDiabetesObesity

34 orang bercadang membuatnya

Begedil bunga kobis ini bukan sahaja sedap dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet keto tetapi juga untuk anak2 yg susah nak makan sayur 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300grm bunga kobis
  2. 150grm isi ayam kisar
  3. 2 sudu tehserbuk bawang putih
  4. 1 sudu tehserbuk cili kasar
  5. 1bj telur
  6. Daunbawang hiris halus
  7. Garam Himalaya
  8. Bahan Pencelup :
  9. 1bj telur dipukul dgn garfu

Cara Memasak

  1. 1

    Sagat atau hancurkan bunga kobis menggunakan food processor.

  2. 2

    Sangai (goreng tanpa minyak) hingga masak dan agak kering. Ketepikan.

  3. 3

    Sangai isi ayam hingga berubah warna. Ketepikan.

  4. 4

    Campurkan semua bahan. Bentukkan bulat leper kemudian simpan dlm freezer selama 1 jam supaya sedikit keras dan tak hancur masa digoreng.

  5. 5

    Panaskan minyak (sebaiknya minyak kelapa spt Medella) dalam frying pan (kuali leper). Celupkan begedil ke dlm telur kemudian goreng guna api sederhana hingga kecoklatan. Terbalikkan sekali sahaja. Angkat dan toskan atas tisu dapur.

  6. 6

    Begedil Cauliflower yg sedap siap dihidang ❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
pada
Kuala Lumpur

Komen

Resipi Sepertinya