Tiramisu Cheese Cake

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Tiramisu Cheese Cake.. kek yang lembut berkrim.. tak cukup sepotong kalau makan ni...

Tiramisu Cheese Cake

Tiramisu Cheese Cake.. kek yang lembut berkrim.. tak cukup sepotong kalau makan ni...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A
  2. 200 gtepung gandum
  3. 1s/b tepung jagung
  4. 3s/b susu tepung (27g)
  5. 1s/t baking powder
  6. Bahan B
  7. 4biji telur (A)
  8. 200 ggula halus
  9. 1s/t ovalette
  10. 1/2s/t serbuk vanila
  11. Bahan C
  12. 100 mlsantan kotak (jangan tambah air.. Biar pekat)
  13. 100 mlminyak masak
  14. bàhän d ---------------
  15. 1sachet serbuk kopi segera (apa-apa brand pun bole)
  16. 1s/b serbuk koko + sedikit coklat emulco
  17. Cheese Leleh
  18. 250 gcream cheese
  19. 1/2 tinsusu pekat manis Susu cair (secukupnya)

Cara Memasak

  1. 1

    ▶campurkan kesemua bahan A.. Kemudian ayak..ketepikan..

  2. 2

    ▶pukul kesemua bahan B hingga kembang..

  3. 3

    ▶kemudian masukkan tepung ngan santan secara berselang seli hingga habis semua.. Pukul sebati..

  4. 4

    ▶ngan menggunakan spatula.. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga sebati...

  5. 5

    ▶bahagikan adunan kepada 3 bahagian..
    1-plain
    2-tambahkan serbuk kopi segera (sebatikan)
    3-tambah serbuk koko N coklat emulco

  6. 6

    ▶panaskan kukusan..

  7. 7

    ▶sediakan loyang 7' @ 8'.. Griskan didalam dasar loyang sahaja.. Dan lapik ngan baking paper.. Tepi2 loyang xpayah sapu ngan butter ye..

  8. 8

    ▶tuangkan adunan coklat didalam loyang dan kukus selama 10-13 minit..

  9. 9

    ▶kemudian masukkan pula adunan kopi.. Kukus lagi dalam 10-13 minit..

  10. 10

    ▶last sekali masukkan pula adunan plain.. Kukus lagi selama 20 minit..

  11. 11

    ▶siap.. Sejukkan dahulu sebelum dituang cheese..

  12. 12

    ~Cheese Leleh~
    ▶blender cream cheese bersama susu pekat hingga sebati.. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit hingga dapat kepekatan cheese yang kita nak.. Aznie lupa nak sukat tadi.. Agak2 dalam 1/4 cawan @ kurang skit macam tu je.. Tuang skit2 ye..siap

  13. 13

    ▶tuangkan cream cheese leleh atas kek tiramisu... Kemudian ayak serbuk koko..

  14. 14

    ▶sejukkan dahulu sebelum dihidangkan...

  15. 15

    ▶nyaman aiiiiii...
    *** nak pukul guna mixer pun bole guna yang cream cheese tu.. Ni kes nak cepat😅

  16. 16

    ▶siap...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya