Tau fu fa (soya dan susu)

Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
Kota Bharu, Kelantan.

#goldenapron #bonussoya #minggu15
Tau fu fa sebenarnya antara menu kegemaran saya sewaktu kecik. Bila pergi pasar malam, pasti saya akan beli. Kali ni, saya nak cuba buat sendiri versi mudah dengan hanya menggunakan air soya dalam kotak dan olah versi saya iaitu soya dan susu. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Jom kita lihat resepi

Tau fu fa (soya dan susu)

#goldenapron #bonussoya #minggu15
Tau fu fa sebenarnya antara menu kegemaran saya sewaktu kecik. Bila pergi pasar malam, pasti saya akan beli. Kali ni, saya nak cuba buat sendiri versi mudah dengan hanya menggunakan air soya dalam kotak dan olah versi saya iaitu soya dan susu. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Jom kita lihat resepi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kotaksoya kurang gula (kandungan 1 liter)
  2. 1 cawansusu full cream
  3. 2 cawanair
  4. 2 kepingnisan/manisan kelantan (boleh dilebihkan)
  5. 1sudu besar gula
  6. 2 helaidaun pandan
  7. Segenggam kecil agar-agar tali
  8. Secubit garam (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti dalam rajah. Juga air dan garam (maaf tiada dalam gambar)

  2. 2

    Masukkan secawan air, segenggam kecil agar-agar tali, dan sehelai daun pandan yang disimpul. Didihkan seketika hingga agar-agar larut.

  3. 3

    Masukkan 1 kotak soya dan secawan susu.

  4. 4

    Masukkan sedikit garam dan didihkan seketika.

  5. 5

    Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

  6. 6

    Untuk kuah atau manisan, masukkan secawan air, sehelai daun pandan yang disimpul, dan sesudu gula (boleh dilebihkan kesemua bahan jika ingin kuah yang banyak atau manis)

  7. 7

    Didihkan hingga gula melaka atau nisan/manisan cair

  8. 8

    Setelah sejuk, tau fu fa yang lembut dan sedap ini boleh dinikmati bersama air gula melaka/nisan. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
pada
Kota Bharu, Kelantan.

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya