Burnt Cheesecake

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Day36/366/2020/February/5
#perak #goldenticket #cookpadmy1stbday
1hb Februari 2020 Cookpad Malaysia Turn 1 🎉Manakala hari ni 5hb Februari 2020. Im Turns 35 💐. Alhamdulillah. Setahun pengalaman bersama Cookpad merupakan antara momen yang terbaik untuk sepanjang 2019. Dari memasak biasa2 di dapur rumah ke perkongsian resipi atas talian dan seterusnya masak di depan orang ramai. Bukan perkara yang mudah untuk sampai ke tahap ini. Tetapi tidak mustahil bukan. Apa yang penting usaha tanpa jemu dan semangat tidak mudah mengalah.
.
Sempena meraikan Birthday Cookpad & Birthday Saya (Happy Birthday to Me 😜)saya buatkan kek khas iaitu Burnt Cheesecake. Ini kali pertama saya masak kek ni. Sesuai jugaklah bagi meraikan birthday Cookpad yang pertama kali 🎊🎊🎊
.
Bagi saya pulak, walaupun suami dah bawa celebrate ke Cameron Highlands, makan kek bagai kat sana dah. Tapi baking cake untuk diri sendiri dan upload di Cookpad pun tetap menjadi suatu kemestian. Saje untuk simpan kenangan manis tu di sini 🎂
.
Apa yang menarik tentang Burnt Cheesecake saya ni, saya adun ke semua bahan guna mesin pengisar / blender je. Senang keje kan. Sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai mixer di rumah. Untuk bakar pulak, boleh je guna periuk nasi / air fryer (Tapi dalam kes saya ni, saya guna oven lah) tadi tu ☝🏼 suggestion untuk mereka yang tiada oven gitu🤭

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam 45minit
3-4orang
  1. 250 gmcream cheese (jenama Bega)
  2. 1/2 cawangula kastor
  3. 125 gmUHT whipping creme (jenama Emborg)
  4. 3biji telur gred B
  5. 1/2teh esen vanila
  6. 2sudu besar tepung gandum

Cara Memasak

1jam 45minit
  1. 1

    Ni jenis keju dan whipping cream yang saya gunakan.

  2. 2

    Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar (keju, whipping cream, telur, esen vanila, tepung dan gula kastor)

  3. 3

    Pukul sehingga kembang dan gebu.

  4. 4

    Alaskan loyang dengan baking paper dan lebihkan paper tersebut dari tinggi loyang. Saya gunakan loyang saiz 6inci.

  5. 5

    Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah. Bakar selama 1jam (bergantung oven masing-masing). Kemudian naikkan suhu kepada 200darjah celcius dan bakar selama 10minit (jika hendak lagi hangit boleh tambahkan tempoh membakar)

  6. 6

    Sejukkan seketika di dalam peti sejuk, sebelum boleh dimakan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (2)

Newcooker
Newcooker @hvio
Klu bakar dlm air fryer perlu set mcm mne ye?
(diedit)

Resipi Sepertinya