👩‍🍳Asinan Rambutan🇲🇨

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Asinan terbit dari perkataan asin atau masin/ salty. Asinan Rambutan adalah satu hidangan yang sangat berperisa kerana gabungan rasanya yang unik: masin, manis, pedas dan masam!

Boleh dibuat dari beberapa jenis buah dan sayuran; snek jalanan (street snack) ini sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan Jakarta dan Bongor.

Mirip jeruk kalau di Malaysia; asinan ini melalui proses penjerukan, tetapi tidak menggunakan cuka; sebaliknya menggunakan asam boi, jus limau kasturi, dan cili.
Dimakan begitu sahaja ataupun bersama sos pedas dan dinikmati sejuk dihari yang panas. So yummy!

Inspirasi resipi :Aseanfoodnetwork 🌹

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 15biji rambutan / 1 mangkuk
  2. 150 mlair
  3. 2sb gula
  4. 1/4st garam (tak perlu)
  5. 3biji limau kasturi
  6. 4biji asamboi
  7. 1cili padi- potong nipis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

    Kupas kulit rambutan.
    Sediakan campuran air, gula, asam boi. Rebus hingga mendidih. Sejukkan.

    Letak rambutan di dalam satu mangkuk

  2. 2

    Tuangkan campuran air yang telah sejuk ke atas rambutan (merendam) ; tuang jus limau kasturi; tabur cili potong; letak asam boi.

  3. 3

    Simpan dalam peti ais. Selepas 1 jam sedia dihidang. Sangat sedap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Resipi Sepertinya