Cucur Pulut!

Nur Mardiah Amirah Az Zahra
Nur Mardiah Amirah Az Zahra @MardiahAmirah

Saya amatlah gemar akan Tepung Pulut. Telah banyak kali percubaan mencipta masakan yang berjenis kudapan atau pencuci mulut yang berasaskan Tepung Pulut. Namun, gagal.

Akhirnya, pada percubaan kali ketiga, saya berjaya! 🥰

Masakan yang senang; 3 bahan sahaja.

Cucur Pulut!

Saya amatlah gemar akan Tepung Pulut. Telah banyak kali percubaan mencipta masakan yang berjenis kudapan atau pencuci mulut yang berasaskan Tepung Pulut. Namun, gagal.

Akhirnya, pada percubaan kali ketiga, saya berjaya! 🥰

Masakan yang senang; 3 bahan sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
2 orang
  1. 1 1/2 cawanTepung Pulut
  2. 3sudu besar Gula Kastor
  3. 3/4 cawanSusu Lemak Penuh (full cream milk)
  4. Sedikitminyak untuk cantikkan dan licinkan adunan doh
  5. Mentega/Marjerin untuk gorengan masakan

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Gaulkan semua bahan di dalam bekas. Jadikan ia doh.

  2. 2

    Bentukkan adunan doh menjadi bebulat kecil. Dapatlah dalam 8 butir cucur.

  3. 3

    Oleskan mentega pada ceper, untuk gorengan.

  4. 4

    Goreng dalam 3 minit bagi setiap belahan. Untuk pastikan isi dalamannya masak cantik, tutup ceper tersebut dengan penutup.

  5. 5

    Siap untuk dihidang! Selamat menjamu selera bersama-sama yang tersayang!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Mardiah Amirah Az Zahra
pada
Dunia Pencuci Mulut Saya.Selamat Datang! 🤍
Baca lagi

Komen (10)

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
#love
Sedapnya...boleh try ni. Terima kasih sudi share resepi

Resipi Sepertinya