Cekodok/Cucur nasi bilis

Cookpad Apron Challenge 2026 : Goreng Sedap
Cuaca panas sangat di Kuching ditambah lagi dengan jerebu. Asyik berkurung di dalam rumah jer. Takde mood nak buat kerja apabila suhu panas. Saya ni pula, dah lah sejenis yang kuat berpeluh disebabkan hot flash/hot flush (menopause) dan penghidap penyakit hipertirod makin berganda² lah panas nya. Kadang tu kepala rasa pusing. Itu lah yang paling saya risaukan jika vertigo datang lagi. Nak buat aktiviti memasak, solat pun jadi terbatas. Nak menaip resipi pun rasa tak larat bila nak menghadap skrin hp waima brightness hp pun sudah diturunkan. Ini disebabkan oleh masalah mata saya tak boleh kena cahaya akan cepat jadi silau dan pandangan pun jadi double vision disebabkan masalah hipertirod saya.
Untuk cabaran kali ini, saya ambil resipi dalam galeri hp jer sebab banyak lagi yang belum saya terbitkan resipi nya. Macam biasa mesti ada lebihan nasi kat rumah saya. Kadang saya sedekahkan kepada burung² dan ayam² atau saya akan gaulkan bersama lebihan ikan atau ayam dan sedekah kepada anjing dan kucing jiran. Jika mood nak makan cekodok/cucur baru saya campurkan sekali ke dalam adunan cucur/cekodok.

Cara Memasak
- 1
Dalam blender, satukan nasi sejuk, ikan bilis, bawang besar holland dan baki air. Kisar hingga halus. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, tepung jagung, bikarbonat soda dan bahan kisar tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Adunan tak terlalu pekat dan tak cair.
- 2
Masukkan Maggi cukup rasa dan serbuk pati ayam, gaul rata dan sebati. Masukkan lobak merah, taugeh dan cili merah. Gaul rata dan sebati.
- 3
Panaskan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam kuali dan goreng hingga kuning keemasan dan garing. Angkat dan toskan minyak nya. Sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen