Baulu Gula Melaka

#unique2u mak, kalau masa raya tak kira raya Aidiladha atau Aidilfitri, wajib kena buat untuk nya, baulu nise atau baulu gula melaka ni, kalau baulu biasa guna gula pasir tak mahu pula, nak yang gula melaka juga, lebih sedap kata nya bukan saja mak satu keluarga dan tetamu pun suka :D

Cara Memasak
- 1
Panaskan ketuhar 200C (api atas bawah)
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam dan ketepikan. - 2
Putar telur dan gula sehingga kembang dan pucat. masukkan esen vanila dan putar untuk beberapa minit.
- 3
Masuk tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan spatula perlahan-lahan sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam jug kecil. - 4
Oles acuan dengan minyak.
Panaskan dalam ketuhar kira-kira 3 hingga 4 minit.
Keluarkan acuan dari ketuhar. Tuang adunan hingga penuh.
Bakar selama kira-kira 10 hingga 12 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen