Rendang Daging Istimewa

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Assalamualaikum.. hari ini saya ingin kongsikan resipi Rendang Daging Istimewa. Apa yang istimewa sangat tu? Saya pun tak pasti tapi ramai suka dengan masakan rendang saya.
Ramai kenalan saya pelbagai bangsa terutama kenalan rapat saya yang saya panggil "Uncle". Beliau berbangsa cina dan menetap di Australia. Sewaktu uncle pulang ke Malaysia, saya saja je masakan rendang dan bagi uncle rasa, tak cakap banyak terus mintak resipi 😂 Kenangan tak dapat dilupakan.
Saya percaya ada pelbagai versi masakan rendang dan setiap orang lain citarasa dan ada resipi tersendiri. Jadi di sini saya akan kongsikan resipi rendang saya dan semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Rendang Daging Istimewa
#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Assalamualaikum.. hari ini saya ingin kongsikan resipi Rendang Daging Istimewa. Apa yang istimewa sangat tu? Saya pun tak pasti tapi ramai suka dengan masakan rendang saya.
Ramai kenalan saya pelbagai bangsa terutama kenalan rapat saya yang saya panggil "Uncle". Beliau berbangsa cina dan menetap di Australia. Sewaktu uncle pulang ke Malaysia, saya saja je masakan rendang dan bagi uncle rasa, tak cakap banyak terus mintak resipi 😂 Kenangan tak dapat dilupakan.
Saya percaya ada pelbagai versi masakan rendang dan setiap orang lain citarasa dan ada resipi tersendiri. Jadi di sini saya akan kongsikan resipi rendang saya dan semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Cara Memasak
- 1
Ini adalah bahan-bahan yang saya sediakan. Daging tu saya potong bentuk dadu besar sebab lebih puas kalau makan. Terpulang jika anda ingin daging versi nipis. Rebus dalam masa 30-40 minit dan simpan sikit air rebusan daging. Daging akan cepat empuk jika pemotongan daging betul
- 2
Pertama sekali panaskan minyak, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
- 3
Kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis mengikut sukatan yang telah diberikan. Kacau hingga sekata.
- 4
Masukkan sedikit blackpepper. Saya gunakan blackpepper instant.
- 5
Masukkan cili kisar dan tumis hingga agak pecah minyak.
- 6
Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan air rebusan daging. Kacau sebati.
- 7
Setelah itu, masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga kuah sedikit kering dan memekat.
- 8
Masukkan gula nisan. Kacau hingga gula nisan cair dan tidak berketul.
- 9
Apabila gula nisan sudah cair dan sebati, masukkan pula hirisan daun kunyit, serai dan hirisan daun limau purut. Tumis hingga wangi
- 10
Akhir sekali, adjust dengan perasa garam dan gula. Jika ingin tambah MSG pun boleh. Tapi seeloknya kurangkan letak MSG dalam masakan untuk kesihatan.
- 11
Dah siap dah resepi masakan rendang kita kali ini. Senang bukan? Kalau dah cuba jangan lupa #cooksnap resipi ni dan teruskan berkongsi 👍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang untuk sajian pagi raya haritu. 1st time masak rendang daging. Kalau tidak, asyik ayam je sebelum ni 🙄..Resipinya saya follow resipi hasil perkongsian @che_nom di YTnya. Tqvm. Kena dengan selera saya & adik. Saya buat 1/2 dari resipi yang Che Nom kongsikan. Maklumlah pemakannya tak ramai 😊.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Rendang daging Rendang daging
#bazaarramadan #goldenapron2020 #minggu5 Memandangkan Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari lagi, maka di sini saya kongsikan resipi rendang daging istimewa. Kenapa istimewa? Kerana ia tidak perlu menggunakan rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya. Bumbu rendang 100% daripada bawang,lengkuas dan serai. Resipi istimewa daripada bonda mertua, saya kongsikan di sini supaya mudah juga untuk rujukan saya pada bila-bila masa 😊 Zareena Shahmarudin -
Rendang Daging Rendang Daging
Harini menu special sikit sebab dah mula cuti sekolah. Rendang daging dengan gabungan nasi lemak. Marvellous 😁#goldenapron2020 Mizzanem -
Rendang Daging Ngam trox Rendang Daging Ngam trox
Rendang ni tak boleh tahan lama... sebab ngam trox... 🤣 tapi jika disimpan insyallah tahan lama...Sesuai untuk merancang masak... Panaskan dan sedia dijamah Ridwan Hanif -
Rendang Daging Cik Rose Rendang Daging Cik Rose
#periuknasi #goldenapron Sahut cabaran untuk memasak menggunakan rice cooker! Jangan tak tahu, rice cooker ni banyak kegunaannya. Hari ni teringin nak makan rendang. Awal pagi dah ke pasar, cari bahan-bahan. Alahai tak ada daun kunyit pulak. Teringat pula hari ni ada pasar tani. Jadi ronda di pasar tani pulak mencari daun kunyit. Masuk ke gerai Pak Cik yang selalu jual pelbagai ulam-ulaman, tanyakan daun kunyit. Ada ni haaa.. Sehelai. Tadi dah ada yang beli. Alhamdulillah. Dapat juga daun kunyit. Tak ada daun kunyit, mana la nak sedap rendang daging. Teruja nak memasak rendang dalam rice cooker, ronda merata kedai pun tak apa. Siap semua bahan. Jom merendang! Rose Nani Nizah Nayan -
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang amat popular di Malaysia lebih² lagi waktu Raya Puasa Dan Haji..Sedap Di makan bersama pulut ,lemang ,nasi putih maupun ketupat.. Anur Musa -
Rendang daging Rendang daging
#bazaarramadan #minggu1 Ramadhan tahun ini akan terasa sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, kerana tahun ini seperti yang kita sedia maklum dunya sedang di landa wabak covid19. Jadi apa saja aktiviti yang melipatkan orang ramai sama sekali dilarang, antaranya terawih dan bazzar Ramadhan. Agak janggal terasa tapi demi memutuskan rantaian virus ini. Itulah langkah yang terbaik yang patut kita patuti. Setiap tahun bila saja tiba Ramadhan antara juadah yang selalu akan di cari cari adalah rendang Daging., kerana di Sabah rendang bukanlah juadah yang mudah di dapati. Kalau di semenanjung waktu Raya pasti rendang akan terhidang di setiap rumah. Tapi tidak di Sabah. Tahun nie akan sedikit berbeza kerana saya akan cuba untuk menyediakanya.. Jom layan cara saya menyediakanya Ahlia Syed Firdaus -
Rendang Tok Rendang Tok
#GlobalApron2024#MalayFood#DagingBuahkerasDaunkunyitGulamelakaKerisikKunyitbasahLengkuasRempah4sekawanSantanSeraiMasakan melayu terkenal dengan rendangnya. Ada pelbagai versi rendang, Salah satunya rendang tok yg terkenal di negeri Perak sebagai masakan tradisi. Daging perlu di perap dengan bahan2 kisar & rempah2 semalaman. Ia di masak hingga betul2 kering selama 2-3 jam menjadikan rendang ini berwarna gelap & daging empuk. Saya makan bersama nasi minyak, tapi ia lebih sesuai di makan bersama ketupat & pulut kuning. Nor Al Fatihah -
Rendang Nasib Rendang Nasib
Raya belum habis lagi kan..😊 masak nasi impit yang berbaki boleh makan dengan rendang nasib.Terima kasih kak aza laling @cook_16103562 hari ni kita #cooksnap resipi merecik kak.Ada bahan-bahan saya tambah seperti jintan manis dan putih dan ada part lembu tu saya tukar seperti guna kulit lembu, perut.. Alhamdulillah sedapAnak tanya, kenapa nama rendang macam tu mama..ada "nasib"meh mama jawab, ha ah nasib-nasib la makan tu dapat apa ye..😁makan pun berteka teki hahaha😅Jom @Mamy_Nurul laling @atika_mahamood laling buat ni.. apa la dapat agaknya masa makan nanti..#CookEveryPart#HaiwanDaratan Julia ALeen Aireish -
Rendang Daging & Hati Rendang Daging & Hati
Daging korban ada lagi...teringin nak buat rendang campur-campur.Cari resipi cookpaders terjumpa resipi Rendang Daging & Paru oleh Secubit Rasa Cik Nani.Tengok cara buat ringkas je tapi saya cuba ringkaskan lagi😃.Bila nak buat baru perasan saya tak de paru...yang ada daging dan hati je...boleh lah...jadi rendang campur-campur.#cooksnaphunt #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Rendang Daging Batang Pinang Rendang Daging Batang Pinang
#selangor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySi adik dah pesan sebelum pergi sekolah.“Mummy, nanti i nak rendang dengan pulut kuning”Si kakak pun mencelah, “i pun nak !!!”Gara- gara si adik bawa pulang rendang ayam dan pulut kuning sempena harijadi kawan di sekolah. Agaknya tak puas makan sebab tu minta sajian yang sama. Cuma kali ni saya tukar kepada daging batang pinang yang dibeli suami di pasar kelmarin. Saya sangat tersentuh dengan si adik, katanya dia menyimpan pulut kuning dan rendang yang diberi temannya untuk dibawa pulang. Hanya kerana ingin makan bersama saya. Yang paling membuatkan saya rasa terharu, katanya lagi semua teman-temannya makan beramai-ramai. Sedangkan dia hanya melihat temannya menikmati sajian kegemaran dia. Disimpan rapi makanan itu supaya tidak terjatuh. Sampai di rumah, saya hidangkan dan makan bersama. Saya hanya makan sesudu sebab takut Dia tak puas makan. Apatah lagi di kongsi bersama si kakak.Bersungguh saya masak hari ni supaya anak-anak puas makan rendang dan pulut kuning. Semoga hidangan yang saya masak hari ini penuh dengan kasih sayang. Alhamdullillah anak-anak kata “sedapnya rendang daging ni”Puas hati seorang ibu bila melihat anak-anak gembira menikmati air tangannya. Saya percaya semua ibu di luar sana berasa sama seperti saya.Jangan sedih ya bila baca kisah ni. 😊 Gyna Elenna -
Rendang Daging Cak Cak 💚 Rendang Daging Cak Cak 💚
Resepi ini saya belajar dari seorang Nenek dari Sabah.Memandangkan masa tu raya dah nak dekat so malam raya saya mengodeh lah rendang ni.Sangat bagus untuk tukar selera. Tambahan jarang dapat jumpa rendang yang berwarna hijau 💚. Sedap dimakan dengan lemang, ketupat nasi impit. Perghhhhhhh... Bila dah kena memang xtoleh kiri kanan.#goldenapron2020 Nisa Riza
Lebih Banyak Resipi
Komen