Telur Kicap Dgn Cendawan Bilis

RAMADAN MONTH CHALLENGE 3: 10-MINUTES MEAL
Lauk sahur versi bahan yang ada dekat dapur . Sebab orang2 di rumah suka bersahur dengan telur juga, sis pelbagaikan lah resepi telur Ramadan tahun ni .

Cara Memasak
- 1
Panaskan flat pan dengan minyak. Minyak tu agak-agak boleh tutup permukaan pan tapi jangan terlalu banyak. Goreng ikan bilis sehingga agak garing dan angkat. Tumis hirisan bawang, cili padi dan cendawan butang. Masak sehingga layu.
- 2
Setelah itu masukkan telur satu persatu, kecilkan api supaya bawah telur tak hangit. Taburkan sedikit garam di atas telur. Kalau nak telur masak sepenuhnya termasuk kuning telur,boleh tutup pan. Kalau nak setengah masak hanya kecilkan api sahaja. Bila telur dah separuh masak baru tuang kicap habhal di atas telur. Matikan api. Nak hidang atas pinggan barulah taburkan bilis goreng tadi di atas telur dan siap untuk dinikmati.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen