🍁Lawar Kuini

Lawar Kuini ialah hidangan tradisional kampung yang popular yang berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan makanan kampung kegemaran orang dahulu. Ia merupakan sejenis lauk desa yang terkenal dengan rasa manis, pedas, dan menyegarkan, sering dihidangkan sebagai pembuka selera atau lauk sampingan.
Dibuat menggunakan buah kuini (Mangifera Odorata) yang berwarna oren terang, berair, dan berbau harum. Hidangan ini tidak menggunakan api (tak perlu dimasak). Resepi asli sering menggunakan campuran buah kuini, santan, cili padi, bawang, sedikit belacan, garam, dan gula. Sangat sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan.
Lawar Kuini melambangkan kekayaan budaya dan penggunaan bahan semulajadi tempatan dalam masakan tradisional Melayu.
Hari ini buat Lawar Kuini. Pada mulanya isteri merasa pelik dengan juadah ini kerana tidak pernah mencuba dan ragu-ragu untuk merasainya. Tetapi apabila mula menikmatinya, beliau menjadi suka dan minta dibuat lagi.😆

Cara Memasak
- 1
Hiris bawang merah, cili api dan cili merah. Racik buah kuini. Perah kelapa parut dengan air suam untuk mendapatkan santannya.
- 2
Campurkan bahan hiris ke dalam bekas santan. Masukkan kuini dan tambah secubit garam. (Lebih sedap jika tambah sedikit belacan bakar). Gaul rata.
- 3
Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas. Jika ada ikan masin, akan lebih menambah selera.🤗
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen