Cinnamon Raisin Sourdough Bread

Sedap roti Cinnamon Raisin ini. Kawan-kawan kena cuba..
Cinnamon Raisin Sourdough Bread
Sedap roti Cinnamon Raisin ini. Kawan-kawan kena cuba..
Cara Memasak
- 1
Rendam raisin selama 30 minit. Buang airnya dan keringkan diatas paper towel
Dalam 1 jam sebelum sourdough starter aktif, satukan semua bahan untuk doh.
Gaul rata sehingga semua bahan sebati, tutup dan ketepikan. - 2
Bila sourdough starter sudah naik berganda dan sedia untuk digunakan, satukan sourdough starter dengan autolyse doh tadi.
Satukan sehingga benar-benar sebati. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit. - 3
Selepas 30 minit rehat, lakukan stretch&fold sebanyak 3 kali pada jarak 30 minit.
Kemudian lakukan coil fold sebanyak 3 kali pada jarak 15 minit.
(jangan lupa basahkan sedikit tangan semasa lakukan stretch&fold dan coil foil yer kawan-kawan).Rehatkan doh untuk 1st proofing. Doh saya mengambil masa selama 3 jam.
- 4
Selepas 3 jam, doh kelihatan naik, gebu dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Bolehlah kita bentukkan doh kita.
Letak sedikit tepung di atas baking mat.
Kemudian bentang doh di atasnya. Letak secukupnya serbuk kayu manis dan raisin di atas permukaan doh. Ambil kiri doh, lipat ke tengah doh dan letak serbuk kayu manis dan raisin di atasnya. Kemudian ambil pula kanan doh, lipat ke atas lipatan kiri doh tadi, letak serbuk kayu manis dan baki raisin dan gulung doh. - 5
Masukkan doh ke dalam loaf pan yang dialas dengan tea towel yang diletakkan dengan secukupnya tepung beras, tutup dan masukkan doh ke dalam petiais semalaman untuk final proofing.
- 6
Panaskan oven pada suhu 250c selama 50 minit bersama Dutch Oven dan penutupnya di dalam oven.
Setelah 50 minit panaskan oven, keluarkan doh dari petiais. Terbalikkan doh ke atas parchment paper dan tarik perlahan tea towel.
Toreh doh.
Keluarkan Dutch Oven dari oven dan masukkan doh ke dalam Dutch oven. Spray sedikit air di atas doh, tutup Dutch oven dan masukkan semula ke dalam oven. - 7
Bakar doh pada suhu 250c selama 25 minit bertutup. Kemudian buka penutup Dutch Oven, turunkan suhu ke 220c dan sambung bakar selama 15 minit atau sehingga roti masak.
Sejukkan roti di atas cooling rack.
Potong roti dan sedia dinikmati. - 8
Nota :
Roti ini hanya manis-manis buah raisin. Jika kawan-kawan sukakan roti yang lebih manis, boleh campur gula pada serbuk kayu manis mengikut kemanisan yang disukai.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi





















Komen