Sourdough Pain Au Chocolat

Pain Au Chocolat ini buttery dan flaky sama seperti Croissant.
Ini kerana keduanya menggunakan bahan-bahan doh yang sama.
Bezanya Croissant berbentuk bulan sabit sementara Pain Au Chocolat pula berbentuk segi empat dan mengandungi chocolate di dalam gulungannya seperti namanya Pain Au Chocolat yang bermaksud bread with chocolate.

Cara Memasak
- 1
Cara-cara hendak menyediakan doh, roll dan laminate doh boleh tengok di sini 🥐
- 2
Shaping :
Roll doh ke saiz 19 x 10in.
Potong doh kepada 2 bahagian.
Kemudian potong 5 setiap bahagian (3 1/2 x 5 in). - 3
Letak chocolate buttons pada kepingan doh, gulung doh menutupi chocolate, kemudian letak lagi chocolate dan gulung sehingga penghujung doh.
Susun di dalam loyang. - 4
Tutup doh dan ketepikan sehingga doh naik 2 kali ganda.
Sapu doh pain au chocolat dengan eggwash.
Panaskan oven pada suhu 190c.
Bakar doh Pain Au Chocolat selama 25 min atau sehingga masak keperangan. - 5
Sejukkan Pain Au Chocolat di atas cooling rack.
Sedia dinikmati bersama Cappuccino - 6
Note :
Pastikan doh sentiasa sejuk tetapi masih boleh di roll (bukan beku).
Jika doh mulai melembut masukkan doh ke dalam petiais sehingga doh sejuk semula.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)