Kuih Nagasari

Pertama kali makan kuih nagasari, masa sekolah rendah dalam darjah dua begitulah. Ada seorang nenek tolak gerai beroda setiap petang, lalu setiap lorong sambil mulutnya berbunyi "Neno! Neno!"
Sudahnya kami panggil nenek tu Nenek Nenoneno. Mak selalu juga beli kuih dari nenek tu. Sedap-sedap kuih buatan nenek. Paling suka kuih lopes, sebab saya memang suka makan pulut.
Semua tu jadi kenangan.
Mak dan Ayah dah tak ada.
Cuma tinggal kenangan yang untuk diceritakan kepada anak-anak.
Sebiji kuih ini dalam 112.5 kcal
Karbohidrat 19.8g
Protein 1.2g
Lemak 2.9g

Cara Memasak
- 1
Rendam daun pisang dalam air panas. Tak kuasa nak layur satu-satu hehehehe. Lepas tu lap kering. Seeloknya pilih daun pisang lebar. Kalau tak lebar nanti susah nak lipat, dan kuih kecil. Potong ikut saiz
- 2
Untuk adunan, masukkan tepung, santan, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau sebati.
- 3
Selepas kacau, barulah buka api. Masak sehingga agak likat. Ketepikan.
- 4
Panaskan pengukus.
- 5
Ambil daun pisang, sapu sedikit minyak.
- 6
Letak 1 senduk adunan.
- 7
Letak pisang.
- 8
Tuangkan sedikit lagi adunan untuk tutup pisang. Lipat dengan kemas.
- 9
Kukus 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan.
- 10
Siap!
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen