Banh Bo Nuong (Honeycomb Cake)

Masa pergi ke Hanoi tahun lepas, kami ada dihidangkan beberapa jenis kuih tradisional Vietnam. Antaranya Banh Bo Nuong ni. Rasanya kenyal macam kek gula hangus, tapi wangi bau pandan.
Banh Bo Nuong (Honeycomb Cake)
Masa pergi ke Hanoi tahun lepas, kami ada dihidangkan beberapa jenis kuih tradisional Vietnam. Antaranya Banh Bo Nuong ni. Rasanya kenyal macam kek gula hangus, tapi wangi bau pandan.
Cara Memasak
- 1
Griskan loyang. Panaskan oven pada suhu 180°C (oven biasa) atau 160°C (oven convection) dan masukkan loyang untuk dipanaskan.
- 2
Kisar daun pandan dengan santan. Tapiskan ke dalam mangkuk besar.
- 3
Dalam mangkuk berisi santan tadi, masukkan telur dan gula. Kacau sebati dengan perlahan supaya tak berbuih. Tapis adunan supaya halus.
- 4
Ayakkan tepung ubi kayu, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan telur. Tapis adunan supaya halus.
- 5
Keluarkan loyang tadi dari dalam oven, tuang adunan dan bakar selama 45-55 minit bergantung kepada oven.
- 6
Selepas masak, terlungkupkan loyang dan biarkan selama 1-2 jam. Saya biarkan dalam oven dan buka pintu oven supaya kek sejuk.
- 7
Selepas 1 jam, keluarkan kek dari acuan. Potong dan hidang.
Tip
Tips untuk pastikan kek ni jadi,
1. Kena tapis adunan supaya tak berketul
2. Pastikan bahan-bahan pada suhu bilik
3. Terlungkupkan dan sejukkan kek supaya tak collapse, benyek macam kek bantat
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi













Komen