Kuih Beko Kelantan

#211/1068/2026
#1068/2000
#CookpadApron2026
Kuih Tradisional
:
Kuih Beko / Kuih Beka Kelapa / Kuih Beka Nyor adalah kuih tradisional Kelantan dengan rasa lemak manis,garing diluar dan lembut di dalamnya.Sedap dimakan panas-panas,Kuih Beko menjadi kuih kegemaran kami sekeluarga.
Secara tradisional Kuih Beko dibakar di dalam acuan bahulu berbentuk bujur telur menggunakan api arang.Acuan bahulu dan dapur arangnya tak ada jadi K.ha gunakan acuan muffin sahaja dan dibakar mengguna oven.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya
- 2
Masukkan kelapa parut putih ke dalam mangkuk.Masukkan telur dan perisa pandan
- 3
Masukkan garam himalaya dan gula pasir.Kacau.
- 4
Masukkan tepung pulut,tuangkan air tapis sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga bercampur-rata.Rehatkan dalam 10 minit.
- 5
Sapu acuan muffin dengan sedikit minyak masak hingga rata.
- 6
Kacau semula bancuhan adunan hingga rata sebelum dicedok dan dimasukkan dalam acuan (masukkan dalam 3/4 bahagian dari paras ketinggian acuan.
- 7
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C selama 55 minit (suhu oven dan masa membakar hendaklah disesuaikan mengikut jenis oven masing-masing).Siap.
- 8
Keluarkan dari oven.Hidangkan.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen