Kek Cawan Keledek Kukus

#224/1081/2026
#1081/2000
#CookpadApron2026 Kegemaran Kita
:
Kek Cawan Keledek Kukus,sepatutnya letak dalam cawan aluminium tapi sebab dah habis dalam stok,k.ha guna sahaja acuan mini besi. Alhamdulillah kek yang lembut,gebu dan sedap,k.ha buat untuk bawa balik kampung.Dah 2 minggu tak menjenguk ayahanda tercinta.Sebelum bertolak balik,selain dari kek cawan ni masaklah juga nasi dan lauk-pauk untuk dimakan bersama ayah,adik dan anak-anak buah di sana.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya.
- 2
Cuci bersih ubi keledek oren,toskan.Rebus bersama secukupnya air tapis hingga empuk.Biarkan sejuk.Kupas kulitnya,potong kecil.Ketepikan.
- 3
Campurkan krimer sejat cair bersama cuka putih,biarkan dalam 10 minit.Ketepikan.
- 4
Kisar hingga halus ubi keledek bersama krimer sejat cair yang telah dibancuh bersama cuka putih tadi,telur ayam,gula perang,minyak masak, esen vanila dan secubit garam himalaya.Ketepikan.
- 5
Ayak tepung naik sendiri bersama baking soda ke dalam mangkuk.Masukkan bahan kisar sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati (adunan licin dan tidak ada lagi tepung yang bergentel).Ketepikan.
- 6
Panaskan secukupnya air dalam pengukus.Tunggu hingga air mendidih.
- 7
Masukkan adunan kek ke dalam acuan mini (sama paras dengan ketinggian acuan).Kukus selama 20 minit @ hingga masak.Keluarkan kek cawan keledek dari pengukus.Ulangi proses yang sama hingga habis.
- 8
Biarkan kek suam sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan bersama secawan kopi @ teh panas.
Tip
Guna cawan penyukat yang sama untuk menyukat bahan-bahan untuk hasil yang terbaik
Balut penutup pengukus dengan kain @ tuala dapur semasa mengukus supaya wap air tidak menitis ke atas adunan kek.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen