Sambal Ikan Bilis Jering Resepi Orang Kampung

Resepi mak di kampung. Ringkas dan mudah, gerenti laku keras kalau dihidang di meja makan😄
Boleh tambah lagi cili merah burung atau cili api untuk lebih pedas. Resepi asal mak "tidak menggunakan gula" dan hanya masukkan sedikit garam sahaja kerana sudah masin dengan ikan bilis goreng yang dicampur.
Jering boleh campur jering tua dan muda. Ketika rebus, guna air yang banyak.Kemudian air rebusan dibuang, diganti dalam 2-3 kali untuk membuang bau jering tersebut. Jom cuba!

Cara Memasak
- 1
Bersihkan dan cuci ikan bilis. Goreng ikan bilis sehingga garing. Untuk dapatkan ikan bilis yang rangup, letak 1 sudu makan cuka ketika menggoreng. Ketepikan.
- 2
Bersihkan dan rebus jering sehingga lembut
- 3
Tumbuk bahan section B sehingga separuh lumat. Goreng garing sehingga naik bau. Ketepikan.
- 4
Potong nipis-nipis jering yang sudah direbus tadi. Bilas dengan air yang banyak untuk menghilangkan bau jering.
- 5
Tumis jering sehingga agak kering
- 6
Masukkan ke dalam bahan section B. Gaul rata sehingga sebati.Tutup api, Letakkan garam. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih😊
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen