🍁Dangai Kukus

Ibu mertua teringin makan kuih dangai dan bertanya samada boleh membuatnya. Kebetulan pernah cuba buat ketika bulan puasa lepas. Biasanya kuih dangai ini di bakar tapi tiada acuan untuk membakarnya. Oleh itu untuk kali ini menggunakan acuan kuih lompang lalu dikukus.
Bagi memenuhi permintaan ibu mertua, maka siaplah Dangai Kukus sebagai juadah hari ini.🤗

Cara Memasak
- 1
Gaul kelapa parut, tepung pulut dan garam hingga sebati.
- 2
Sapu minyak ke dalam acuan lompang. Masukkan adunan ke dalam acuan tanpa ditekan. Buatkan lubang di tengah dan masukkan gula merah. Ulang hingga habis.
- 3
Panaskan pengukus, kukus adunan selama 15 minit selepas air mendidih.
- 4
Keluarkan dari acuan apabila telah sejuk sedikit. Siap dihidang.
Tip
Ambil putih kelapa sahaja dan tidak perlu tekan adunan dalam acuan untuk tekstur yang lembut.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen